affiliate marketing the artificial life observer: April 2012

Friday 27 April 2012

Pergh tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur





KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.-SUMBER

Thursday 26 April 2012

GILA !! Murid Didenda makan cili padi dan tidak diberikan air



IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.

“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.-SUMBER

ALLAHUAKBAR !! Gadis Disergah Harimau Meninggal



KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.

Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.

Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.

Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.

Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.

Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.

Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.

Rohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau terkena ‘badi’ harimau selepas kejadian itu.

Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda pemergiannya.

Bliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih ‘dibayangi’ wajah pak belang yang cuba membahamnya itu.

“Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib sepertinya.

“Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin terkena ‘badi’ pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat,” katanya.

Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.

Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak ke bahagian otaknya.

“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke bawah lumpuh,” katanya.

Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semalam. - myMetro Online

Wednesday 25 April 2012

COOL !! PM Singapura buka akaun Facebook



SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melancarkan laman Facebook miliknya semalam untuk berkomunikasi dengan rakyatnya.

Pembukaan akaun di laman itu dibuat selepas semakin ramai rakyat Singapura melepaskan kekecewaan terhadap pemerintah menerusi media sosial.

Hsien Loong, 60, berkata, beliau memutuskan untuk membuka akuan Facebook selepas didorong oleh rakan-rakan kabinetnya yang telah menggunakan laman rangkaian sosial popular tersebut.

"Saya berharap anda akan menemui laman Facebook saya sebagai menarik. Saya akan menggunakan ia bagi bercakap mengenai beberapa perkara yang saya lakukan dan fikirkan tetapi saya juga inginkan pandangan anda.

"Marilah kita gunakan laman ini untuk membantu membangunkan idea dan memahami tentang perkara yang boleh dilakukan bersama bagi memperbaiki kehidupan kita.

"Sebagai pengguna baharu Facebook, saya menghargai pendapat, cadangan dan yang paling penting, kesabaran anda," katanya dalam mesej pertamanya di Facebook.

Dalam tempoh beberapa jam selepas dilancarkan, laman Facebook beliau mendapat lebih 400 komen. - AFP

Tuesday 24 April 2012

GILA !! Ditikam pada malam menjelang nikah



JOHOR BAHRU: Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati ditikam bertubi-tubi di hadapan bakal isteri dalam kejadian di depan rumah sewanya di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.

Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.

Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di sini, parah dan meninggal dunia di depannya.


“Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil,” katanya.-SUMBER

Monday 23 April 2012

GEMPAR !! Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.-SUMBER

Sunday 22 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Tersepit bawah treler tapi masih hidup

CEMAS... anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan awal pagi semalam.


ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau.


Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera.

Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu.


“Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler.


“Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian.


“Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan,” katanya.-SUMBER

ALLAHUAKBAR !! Empat jam tercekik ikan puyu

ISMAIL menunjukkan bangkai ikan puyu yang melompat masuk ke dalam mulut cucunya di Machang, Kelantan semalam


KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.

Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.

Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya.

Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.

Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II.

“Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” katanya.

Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut.-SUMBER

WAJIB TAHU !! Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut



WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.

Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat.

Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat.

Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.

Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari.


“Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke,” katanya.

Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga.

Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya.

Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata ‘jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu.

Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand.

Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu.

Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan.

Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat.

“Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik,” katanya. -AP

COOL !! muka asal Ronald McDonald



kredit sepenuhnya diberikan kepada blogserius dan hannsays,terjumpa semasa berblogwalking.mari kita ikuti.huhu

Ronald versi old school...

Tahukah anda, dalam sebuah bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Ronald McDonald lebih mudah dikenali kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah dari wajah Jesus dan Abraham Lincoln? Kita semua mengenali muka badut Ronald yang digunakan dalam mengiklankan restoran makanan segera No 1 dunia ini. Tapi tahukah rupa asal Ronald ketika pertama kali muncul pada tahun 1963? Ronald dicipta oleh Willard Scott untuk penggambaran 3 buah iklan pada tahun tersebut. Willard Scott sebelum itu melakonkan watak Bozo The Clown, sebuah rancangan TV yang pernah ditayangkan di TV2 pada awal 90an dahulu. Tak pasti sama ada newfags dikalangan pembaca Blogserius kenal atau tidak dengan Bozo.


Menurut Willard pada ketika itu rancangan mempunyai badut sangat popular di US. Pihak McDonald mahukan sebuah watak badut yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk makan di restoran mereka. Oleh sebab itu Willard mencipta wata"Ronald McDonald, the Hamburger-Happy Clown". Beliau kemudian melakonkan watak Ronald dari 1963-1965. Sejak Willard bersara dari menjadi Ronald, sebanyak 11 orang telah diambil oleh McDonalds untuk melakonkan watak Ronald didalam iklan mereka. So now you know.




KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

Fuhh !! ‘Spiderman’ panjat hotel di Doha

ROBERT memanjat tanpa menggunakan tali


DOHA – Pemanjat legenda Perancis, Alain Robert kelmarin memanjat Hotel The Torch Doha setinggi 300 meter di sini dalam masa 93 minit dan 47 saat sekali gus mencatatkan rekod baharu Guinness.

Ia merupakan bangunan tertinggi di Qatar dan dibina untuk Sukan Asia pada tahun 2006.

“Setiap bangunan berbeza. Bangunan ini agak sukar menyebabkan saya berasa teruja dan sedikit gementar pada masa yang sama. Perasaan ini adalah normal,” katanya yang diberi nama jolokan ‘Spiderman’.

Robert, 50, pernah memanjat lebih 85 bangunan di seluruh dunia. – SUMBER

Saturday 21 April 2012

GILA !! Pak Guard Rogol Murid Dalam Kelas Kosong



REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. (SINAR HARIAN)

Friday 20 April 2012

GILA !! Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta



LONDON - Buku tertua di Eropah yang masih berada dalam keadaan sempurna, Gospel St. Cuthbert akan kekal di Britain selepas Perpustakaan British mengumpul dana £9 juta (RM44 juta) untuk membeli kitab berkenaan.


Separuh daripada RM44 juta yang diperlukan bagi membeli buku agama Kristian dari kurun ke-7 berkenaan datang dari Dana Memorial Warisan Kebangsaan dengan bakinya dibayar oleh beberapa yayasan amal, tabung amanah dan sumbangan orang awam.


"Kesemua muka surat, ikatan benang buku ini masih sempurna, sekali gus menghubungkan kita dengan nenek moyang kita 1,300 tahun dahulu," kata Ketua Eksekutif, Perpustakaan British, Lynne Brindley.


Ia ditanam bersama mayat seorang pemimpin awal Kristian di Lindisfarne, timur laut England sekitar tahun 687.


Buku berkenaan ditemui semula di Gereja Durham pada 1104 apabila keranda tersebut terpaksa dipindahkan ekoran serangan bangsa Viking.


Buku yang dipinjamkan kepada perpustakaan itu sejak tahun 1979, dijual oleh sebuah persatuan Kristian untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan dan pemuliharaan gereja.-SUMBER

Pelakon ‘Bunohan’ Pekin Dedah Rahsia Dibuang Sekolah



PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan pengalamannya bekerja di sebuah restoran makanan segera dan dibuang sekolah pada usia 16 tahun antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim,31, berkata, dia sanggup meninggalkan kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1998 untuk berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bergelar artis.

“Saya tinggalkan pelajaran saya dan berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Danny (X-Factor). Kami bekerja di restoran A&W di Subang Jaya dan banyak mencuba nasib untuk jadi artis.
“Saya pernah kena tipu dan berpindah dari satu rumah ke satu rumah. Yang paling kelakar saya cuba nak ubah loghat Kelantan saya selain mahu bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika di Kuala Lumpur,” kata Pekin kepada mStar Online di sini, Isnin.

Pekin memberitahu, kisah tersebut adalah sebahagian daripada pengalaman silamnya yang akan dibukukan dalam karyanya berjudul Memoir Bukan Memoir Pekin Ibrahim yang dijadualkan bakal berada di pasaran bulan hadapan.

Pekin berkata, buku yang masih dalam proses pembikinan itu mempunyai 70 bab yang antara lain turut berkisar bagaimana dia ditipu oleh sesetengah pihak sebelum bergelar artis.

Pekin merasakan bukan mudah untuk dia bergelar artis seperti hari ini.
Malah turut dimuatkan bagaimana cintanya putus di tengah jalan selain diminta oleh keluarga untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara persendirian.
“Sebenarnya saya kena buang sekolah semasa di tingkatan empat. Sebab itu saya bawa diri ke Kuala Lumpur. Tapi nasib saya baik semasa menduduki SPM secara persendirian, saya dapat pangkat dua,” katanya lagi.

Pekin memberitahu, dia menghasilkan buku tersebut bukan untuk membuka pekung sendiri tetapi mahu berkongsi pengalaman dengan peminat bagaimana sukar untuk dia bergelar seorang artis sebelum berada pada tahap sekarang.

Jelasnya lagi, dia bertuah kerana mengenali seorang wartawan hiburan yang membuka peluang untuknya melihat perjalanan dalam dunia seni sebelum berusaha dalam bidang berkenaan secara serius.
“Saya mengambil masa yang lama untuk aktif dalam bidang seni. Bukannya senang dan saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh ketika ini,” katanya.

Pekin menambah, buku yang berharga RM30 itu akan dilancarkan pada 23 Jun tetapi secara tidak rasmi akan mula berada di pasaran sebulan lebih awal.

Dalam perkembangan lain, bintang filem Bunohan ini berkata, dia sekarang sibuk dengan penggambaran beberapa buah filem iaitu Tokan dan Kita selain sibuk menguruskan studio latihan muzik Swart Machine Studio miliknya yang terletak di Seksyen 9, Bangi, Selangor.

Thursday 19 April 2012

WAHH !! Sedapnya Aiskrim susu kambing Mado


AISKRIM Mado diperbuat daripada susu kambing berkualiti tinggi dan tahan cuaca panas.

BUKIT Bintang, Kuala Lumpur sememangnya sentiasa sesak dengan kehadiran rakyat tempatan dan pelancong yang gemarkan aktiviti membeli-belah di pusat-pusat beli-belah yang banyak terdapat di situ.

Justeru, sambil berjalan-jalan menikmati pemandangan di Bukit Bintang, apa kata anda mencuba aiskrim terbaharu berasaskan susu kambing yang dibawa khas dari Turki di Mado untuk menyegarkan tekak akibat cuaca panas.

Ketua Pegawai Eksekutif Yasar FC Sdn. Bhd., Yasar Kanbur berkata, keistimewaan Mado ialah rasanya yang enak malah menyihatkan kerana ia menggunakan susu kambing berkualiti tinggi yang dicampur dengan saleb. Saleb ialah ekstrak sejenis spesies orkid yang ditemui di rantau Marash di Turki.

"Gabungan kedua-dua bahan utama ini menghasilkan rasa aiskrim yang enak dan tidak mudah cair seperti kebanyakan airkrim walaupun berada di bawah cuaca yang panas.

"Mereka yang menikmati aiskrim Mado pasti akan berpuas hati dengan rasanya yang enak tanpa bau kambing kerana ia melalui proses pembuatan yang ketat," katanya.

Selain aiskrim dalam pelbagai perisa, Yasar memberitahu, Mado turut menyajikan pelbagai jenis pastri dan pencuci mulut termasuk kopi terbaik Italian Filicori dan pelbagai jenis minuman asli Turki.

36 perisa

"Selain rasa aiskrim yang unik dan padat, aiskrim ini turut dimakan menggunakan sudu dan garpu, lalu menjadikannya lebih unik berbanding aiskrim jenama-jenama lain.

"Terdapat 36 perisa aiskrim ditawarkan di kafe ini dan orang ramai boleh mendapatkannya pada harga serendah RM8," ujarnya.

Orang ramai boleh memilih daripada 36 perisa aiskrim yang ditawarkan di kafe Mado di Bukit Bintang.

Tambah Yasar, dengan adanya kafe sebegini, makanan dan kebudayaan masyarakat Turki sedikit sebanyak dapat dikongsikan dengan penduduk di Malaysia.

"Kafe ini adalah yang pertama di rantau Asia Pasifik dan kami sedang merangka pelan untuk membuka 50 buah kafe lagi dalam tempoh lima tahun akan datang di rantau ini.

"Kami juga merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan pengedaran utama produk Mado," katanya.

Tambahnya, dia percaya dengan situasi ekonomi Malaysia yang stabil, Mado mampu untuk membawa pulangan kira-kira RM300 juta kepada rakan-rakan niaga di Malaysia menjelang tempoh tersebut.

"Berbekalkan pelbagai produk makanan yang dijamin halal, Mado Asia menyasarkan negara-negara yang mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai di Malaysia dan Indonesia untuk meluaskan sayapnya di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Mado Asia selaku syarikat yang bertanggungjawab membawa jenama aiskrim ini ke Malaysia diasaskan oleh Yasar FC Sdn. Bhd., satu syarikat kerjasama strategik antara Yasar Pattisserie of Turkey dan Dondurma AP Sdn. Bhd.-SUMBER


P/s :sedap ke?nampak macam sedap.tapi kambig buat aiskrim?erk.nak jugak rasa..agaknya sedap kot.hehe

Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat

GAMBAR 6 Julai 2011 menunjukkan pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett bersiar-siar di Sun Valley, dalam negeri Idaho bersama isterinya, Astrid.


OMAHA, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair AS, Warren Buffett kelmarin memberitahu, beliau dikesan menghidap kanser prostat peringkat awal.

Namun, Buffet cuba menyakinkan para pemegang saham syarikat pelaburan miliknya, Berkshire Hathaway Inc. bahawa keadaannya tidak mengancam nyawa.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire Hathaway Inc. berusia 81 tahun itu menyatakan dalam surat kepada pemegang saham bahawa beliau bakal menjalani rawatan kemoterapi selama dua bulan pada pertengahan Julai depan.

Menurut Buffet, rawatan tersebut akan menghadkan perjalanannya, namun tidak menjejaskan rutin beliau.

"Saya rasa hebat seolah-olah berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Tahap tenaga saya ialah 100 peratus. Saya mendapat tahu mengenai kanser itu kerana tahap PSA (Antigen Spesifik Prostat) baru-baru ini naik melebihi tahap normal. Jadi saya perlu menjalani ujian biopsi," katanya.

Menurut Buffett, beliau didiagnosis pada 11 April lalu dan sudah menjalani ujian imbasan CAT, tulang serta pengimejan resonan magnetik (MRI).

Buffett terkenal kerana pendekatan luar biasa dalam pelaburan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau menjadi salah seorang dermawan paling pemurah.

Ahli perniagaan dari AS itu berada di tempat ketiga individu terkaya di dunia dalam senarai majalah Forbes dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44.6 bilion (RM136.7 bilion). - Agensi

Wednesday 18 April 2012

Hidup Azlan (The Typewriter) Berubah Selepas Dapat Anak



KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan & The Typewriter mengakui pengalaman bergelar bapa sejak empat bulan lalu mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 30, berkata kelahiran anak perempuan sulungnya, Laura Lutfea bagaikan satu keajaiban dalam dirinya.

"Anak ini satu keajaiban bagi saya. Percaya atau tidak, semuanya berlaku secara tanpa disangka.

"Kelahirannya banyak mengubah hidup saya secara peribadi termasuk pemikiran dan sikap sejak empat bulan lalu," katanya.

Azlan ditemui pada pelancaran klip video Idola yang merupakan lagu runut bunyi filem terbaru, Hoore! Hoore!.

Azlan berkata perkara terbaik sejak kelahiran Laura Lutfea apabila dirinya menjadi semakin matang.

"Setiap kali menatap wajahnya ketika tidur fikiran saya akan menerawang memikirkan banyak perkara mengenai masa depannya.

"Apa yang paling penting, saya perlu mengukuhkan kewangan keluarga agar masa depannya lancar dan terjamin," kata Azlan.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Azlan memberitahu lirik lagu Idola ciptaan Audi Mok itu ditulis olehnya mengambil inspirasi Allahyarham Datuk Sudirman.

"Lirik lagu itu mengambil masa empat bulan untuk dihasilkan. Penulisannya lebih komersial, tidak boleh terlalu mendalam dan puitis.

"Saya perlu membuat kajian dengan menonton filem lakonannya Kami dan mendengar lagu-lagu Allahyarham bagi mendapatkan ilham," katanya.-SUMBER

GILA !! Lori hantu longgok tanah dan loloskan diri

SENGAJA...lori hantu diekori petugas JPJ membuang tanah ke atas jalan raya.


IPOH: Seorang pemandu lori hantu nekad merempuh kenderaan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebelum membuang muatan tanah ke atas jalan raya bagi meloloskan diri dalam kejadian berhampiran Taman Gemilang, di sini, pagi semalam.

Tindakan suspek berusia 20-an membuang muatan tanah merah seberat tiga tan itu menyebabkan laluan Jalan Kuala Kangsar menuju ke Sungai Siput di sini, sesak teruk.


Ketua Unit Operasi JPJ Negeri, Hashim Md Ali berkata, kejadian berlaku ketika pihaknya menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan awam melalui Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran Jelapang, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek enggan memberi kerjasama memberhentikan lori berkenaan untuk pemeriksaan selepas diarah sepasukan 20 anggota JPJ Perak.


“Tindakan suspek itu memaksa kami mengekori lori berkenaan sejauh lebih empat kilometer sehingga ke jalan Kuala Kangsar.


“Anggota JPJ yang menaiki kenderaan pacuan empat roda cuba memintas dan menghalang lori itu daripada terus melarikan diri. Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan bertindak agresif melanggar sisi kanan belakang kenderaan pacuan empat roda model Toyota Fortuner milik JPJ,” katanya. Menurutnya, suspek memberhentikan lori tidak jauh dari lokasi pelanggaran sebelum sengaja menuangkan semua muatan tanah dibawa ke atas jalan raya.

“Tindakan luar biasa suspek menyebabkan laluan dan mencetuskan kesesakan hampir satu kilometer,” katanya.


Menurutnya, pemandu itu kemudian melarikan diri ke kawasan kampung berhampiran dengan meninggalkan lori di lokasi kejadian mengelak daripada ditangkap. “Pihak JPJ percaya, suspek lelaki itu tiada lesen memandu dan lori dipandu dipercayai mempunyai cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharudddin Wan Omar yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu jam 9.30 pagi semalam.-SUMBER

COOL !! Tiket Kapal Titanic Dilelong



NEW YORK : Firma Bonham di sini melelong sekeping tiket kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912.

Lelongan itu dibuat kelmarin sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic karam di Lautan Atlantik selepas ia melanggar sebuah bongkah ais.

Tiket bersejarah itu dilelong pada harga AS$56,250 (RM172,237) termasuk harga premium yang dikenakan firma lelongan tersebut.

Menu makanan malam untuk pelanggan kapal malam itu turut dilelong pada harga AS$31,250 (RM95,687) termasuk harga premium.

Tiket dan menu itu dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat.- Agensi

Tuesday 17 April 2012

Dipenjara 8 bulan kerana curi Milo dan Nescafe

MOHD. RUZAILANI dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam


KOTA BHARU – Gara-gara mencuri dua paket minuman Milo dan empat paket Nescafe di sebuah pasar raya dekat sini seorang pencanting batik dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Mohd. Ruzailani Mat Yusoff, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya.

Hukuman penjara lapan bulan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian Khamis lalu.-SUMBER

 P/s :Kesian brader ni,curi milo dengan nescafe je.,mungkin ada masalah tak makan berapa hari,lapar ke,memang la dia tak patut mencuri,salah dia.tapi tindakan penjara 8 bulan macam tak wajar.kalau 2minggu ke kira okay lah,suruh bayar ke.huhu.salah dia jugak sebab mencuri.

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon



KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya.

Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.

"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.

"Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.

Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar.


Dalam pada itu, ditanya adakah keengganannya menyertai bidang seni hiburan itu disebabkan dia risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui tentang hal itu.

"Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.

"Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super.

Kontroversi Apek mula tercetus selepas beliau yang juga penjaga gol terbaik Asia itu putus tunang dengan seorang penulis blog, Aimie Harmelia, apabila dikatakan cintanya sudah beralih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Dahlia Teck.

Tidak lama kemudian, muncul pula satu lagi khabar angin mengatakan Apek mempunyai cinta baru dengan seorang pemilik butik bernama Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey). Namun wanita itu tampil menafikan ada hubungannya dengan Apek.

Terbaru, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan.-SUMBER

Monday 16 April 2012

COOL !! Pua Khien Seng – Pencipta USB Flash Drive


 Hey korang,tadi Han blogwalking dekat blog amanz.so terjumpa benda best neh,info tentang pencipta USB,Han pon barutahu,so jom baca artikel sepenuhnya kat bawah neh :-

Saya masih ingat membeli USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia?


Penciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller.

Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.



Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.-SUMBER

Proton Preve 2012,Harga Bermula RM59,540.00 – RM72,990.00



Nama Proton Preve 2012

  • Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
  • Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
  • Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.

Harga Proton Preve 2012

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)

RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)

RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)

RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Spesifikasi (Spec) Proton Preve 2012

Proton Preve 2012 diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City.

Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru Proton ini ialah :

  1. 4 beg udara
  2. ‘paddle shifter’
  3. butang penghidup enjin
  4. transmisi CVT
  5. enjin lebih berkuasa
  6. sistem suspensi belakang jenis multilink
  7. teknologi ‘ride and handling’
  8. Dan lain-lain lagi…
SUMBER

Sunday 15 April 2012

Beto Kusyairy Pantang Pada Kesilapan Ejaan Namanya



PETALING JAYA: Aktor berpotensi Beto Kusyairy berkata dia akan berasa geram dan pantang apabila melihat namanya dieja dengan salah oleh segelintir pihak.

Pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan, 32, itu berkata, meskipun ia bukan perkara yang besar atau serius kerana menyedari kesilapan itu sering terjadi pada mana-mana artis, dia menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang sensitif.

“Saya akan berasa geram dan bengang setiap kali melihat nama saya tidak dieja dengan betul. Ia kerap terjadi pada kredit nama saya dalam drama televisyen atau filem. Walaupun, saya sering memaklumkan ejaan nama yang sebenar kepada pihak produksi, ia tetap berlaku.

“Mungkin ia perkara remeh bagi sesetengah orang tetapi saya sensitif pada soal ejaan nama. Saya amat hargai jika mana-mana pihak tidak kira produksi atau media menyemak terlebih dahulu ejaan nama yang tepat sebelum diterbitkan,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pandangannya mengenai populariti diri selepas lapan tahun menceburi bidang lakonan, Beto berkata dia selesa dengan kedudukannya yang berprofil rendah dan kurang popular.


“Saya tidak kisah kalau kurang popular dan dianggap under dog kerana itu lebih baik sebenarnya. Biar orang menyukai saya kerana kerja lakonan dan bukan kerana siapa saya dan cerita-cerita panas.

“Terus-terang, saya bersyukur dengan kedudukan diri dalam industri lakonan tanah air pada hari ini. Kesusahan saya untuk mengukuhkan nama selama ini semakin membuahkan hasil.

“Mungkin saya tidak sepopular aktor-aktor lain tetapi tawaran lakonan itu konsisten, cukup untuk membuatkan kehidupan saya berasa selesa,” katanya yang mendapat ilham nama Beto daripada salah satu karakter dalam drama Mexico.

Dalam pada itu, Beto yang bakal muncul dengan filem Chow Kit pada 3 Mei depan turut terlibat dalam beberapa filem yang masih menantikan slot tayangan iaitu Jiwa Taiko, Jalan Pintas dan Istanbul Aku Datang.

Lakonan terbarunya boleh ditonton dalam drama bersiri 13 episod iaitu Jangan Ambil Padang Kami bermula 9 April lalu pada setiap Isnin pukul 9 malam ini di Astro Ria (saluran 104).-SUMBER

Saturday 14 April 2012

AWAS !! Sila Waspada Dengan Serangga Ini!


Waspada terhadap serangga ini. Walaupun Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini sangat-sangat bahaya. Nama serangga ini Charlie ataupun Kumbang Rove. Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas.



Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat Dan Tabiat Permakanan

Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah – antara rumput dan lain-lain. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.



Kesan pada manusia

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.



Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.



Cara Menghidari Serangga Ini

  • Tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu atau  tingkap kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam,
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus.
  • Semburan aerosol serangga
  • Gunakan perangkap berpelekat
  • Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar
  • Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.
SUMBER

GILA !! Bayi Dua Minggu Mati Dipijak Bapa



IPOH – Seorang bayi lelaki yang baru berusia dua minggu meninggal dunia dipercayai selepas dipijak bapanya sendiri yang naik berang selepas bergaduh dengan isteri dan iparnya di rumahnya di Taman Bernam Jaya, berdekatan Tanjung Malim, awal pagi kelmarin.

Sumber berkata, sebelum kejadian itu suspek berusia 40-an dan bekerja dengan syarikat mengumpul barang lusuh dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 30-an dan tindakannya ditegur adik iparnya.

“Teguran itu menyebabkan suspek bertambah berang hingga berlaku pergaduhan.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian dikatakan mencapai parang lalu menyerang iparnya yang berusia 32 tahun.

“Selepas itu, suspek dikatakan memijak pula bayi lelakinya hingga menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, bayi berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, salah seorang keluarga terdekat suspek kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru.

Difahamkan, empat ahli keluarga bayi, iaitu suspek dan beberapa ahli keluarganya ditahan polis untuk disoal siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi berkata, siasatan kes bunuh itu dilakukan polis Selangor berikutan kejadian dilaporkan di Balai Polis Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kerana memukul suspek ketika pergaduhan dalam keluarga berkenaan. BHarianOnline

GILA !! Nak Poligami Punya Pasal,Curi Cap Jari Isteri Yang Tengah Tidur!



BESUT – Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.

‘Perang besar’ tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.

Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.

Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.

Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.

Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.

Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu.


SUMBER

GEMPAR !! AS Tahan Shah Rukh Khan, India Marah



NEW YORK – India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.

Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.

Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.

Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.

Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf “jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan.”

Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.

Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.

Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.

Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.

“Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal,” kata Krishna hari ini.

Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.

SUMBER

GEMPAR !! Artis Hip Hop Dakwa Dipukul Kerabat Diraja ‘Tanpa Sebab’?




KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.


Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. (Berita Harian)

GILA !! Pelajar Hidup Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda



BESUT – Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, di sini yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.

Katanya hasil siasatan polis, pelajar perempuan itu mengaku melakukan aktiviti sampingan membantu bekas teman lelaki menjual pil kuda di luar waktu sekolah sejak empat bulan lalu.

Gadis itu bagaimanapun menafikan menjual dadah kepada pelajar sekolah lain.

Kamaruddin berkata susulan itu, pihaknya menahan teman bekas teman lelaki pelajar berkenaan yang berumur 19 tahun dan abang lelaki itu yang berumur 34 tahun pada hari yang sama. “Bekas teman lelaki pelajar itu ditahan di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu dan ketika ditangkap, polis menemui 100 biji pil kuda (methamphetamine) daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya berdasarkan maklumat daripada pemuda berkenaan, pihak polis memberkas abangnya kira-kira 45 minit kemudian di sebuah rumah kampung yang sama.

Menurut Kamaruddin polis turut menemui tujuh biji pil kuda di dalam rumah tersebut.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pelajar perempuan itu dan bekas teman lelakinya negatif dadah, bagaimanapun abang pemuda itu positif pil methamphetamine.

Katanya dua beradik itu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

GEMPAR !!.Agnes Monica bercinta dengan ahli Super Junior ?



Penyanyi Agnes Monica dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Korea, Siwon, dari kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama 'Suju'.

Baru-baru ini KapanLagi telah melaporkan bahawa pelantun "Matahariku" ini telah tampil di salah sebuah rancangan terkenal di Korea dimana ia menguatkan lagi dakwaan terhadap gosip percintaan mereka berdua.
Penjelasan yang di buat oleh penyanyi berusia 25 tahun ini adalah bahawa dia dan Siwon hanya berkawan sahaja.

Agnes yang mengetahui Super Junior akan datang ke Indonesia, menegaskan bahawa hubungannya dengan Siwon hanyalah bersifat profesional.

"Tiada yang istimewa berlaku di antara kami, kami cuma berbual ketika di belakang pentas. Saya tidak berhubung dengannya melalui laman sosial," jelasnya.

Agnes turut menjelaskan tentang isu Siwon atau nama sebenarnya, Choi Si-won menjadi pengikut di Twitter-nya itu hanyalah perkara kecil, dia sendiri tidak mengetahui akan perkara tersebut setelah diberitahu peminatnya.

"Selepas saya sampai di Indonesia, peminat yang memberitahu Siwon menjadi pengikut saya di Twitter. Saya pun mengikutnya kembali, itu sahaja," ujarnya.

SUMBER

Wednesday 11 April 2012

TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch



PETALING JAYA – Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan “infotainment” semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.


Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

“Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. (MSTAR)

GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’

ORANG ramai berebut mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada sebuah lori tangki yang kemalangan di Jalan Langgar, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang.

Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi.

Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini.

Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan.

P/s :haram woi..tengok la makcik pakcik sume,xfikir dosa ke.orang accident dia amek kesempatan pulak..jahilnya manusia.huh

SUMBER

Monday 9 April 2012

GILA !! Pengacara dibaling dengan telur

VOURHAS (kiri) cuba mengelak balingan telur dan yogurt di studio televisyen Epiros TV1 di Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.


ATHENS - Seorang pengacara stesen televisyen swasta, Epiros TV1, Panagiotis Vourhas dibaling dengan telur dan yogurt oleh sekumpulan penceroboh di bandar Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.

Menurut pihak pengurusan televisyen itu, seramai 17 orang menceroboh masuk dengan sebahagian muka mereka ditutup dengan sapu tangan.

Ketika kejadian, Vourhas sedang mewawancara seorang ahli politik tempatan di studio televisyen itu.

Baju dan muka pengacara tersebut terkena balingan telur dan yogurt itu.

Para penceroboh itu merupakan sebuah kumpulan dari tenggara Greece yang marah kerana Vourhas mewawancara jurucakap parti Golden Dawn yang menyokong Nazi baru-baru ini.

Jurucakap itu diwawancara Vourhas dalam program bual bicaranya. - Agensi

Kapal mewah ikut laluan Titanic

GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912.


LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran semalam.

Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton.

Ia membawa 1,309 penumpang.

Kapal itu turut menuju ke lokasi Titanic yang tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Pelayaran selama 12 malam itu adalah sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal terbabit.

Pihak penganjur cuba menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung zaman itu.

Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara menempah pelayaran itu.

Sebahagian mereka merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut.

Tiket-tiket berharga AS$4,445 (RM13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang.

Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat.

Sebahagian penumpang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan.

Kapal itu tenggelam selepas ia melanggar bongkah ais.

Penganjur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang telah meninggal dunia.

Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Cobh, Ireland seperti yang dilakukan Titanic. - Agensi

Sunday 8 April 2012

WOW !! Bill Gates Belanja RM3.1j untuk anak

PERCUTIAN KELUARGA... Melinda menundukkan badan untuk bercakap sesuatu dengan anaknya Rory bersama seorang rakan dan suaminya Bill di acara kuda di Florida.


DEMI minat mendalam anak perempuannya dalam sukan berkuda, Bill Gates sanggup membelanjakan AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk menyewa sebuah rumah agam yang dekat dengan satu festival ekuestrian.

Jennifer Gates, 15, menunjukkan kemahiran dalam sukan berkuda pada hujung minggu lalu ketika menyertai pertandingan ekuestrian di Palm Beach, Florida.


Bilionair yang mengasaskan Microsoft itu dikatakan menandatangani perjanjian menyewa sebuah rumah yang besar selama enam bulan untuk membolehkan satu-satunya anak perempuannya bertanding dalam sukan itu ketika cuti musim bunga.

 Isteri Gates, Melinda dan anak lelaki mereka Rory, 13, turut berada di acara itu untuk memberi sokongan moral kepada Jennifer.


Mereka menumpukan perhatian terhadap Jennifer ketika mengambil bahagian dalam pesta itu yang berlangsung hingga hari ini.


Kira-kira 5,000 kuda dan 2,800 penunggang daripada 49 negeri seluruh Amerika Syarikat dan 30 negara lain mengambil bahagian dalam pesta itu.


Jurucakap Equestrian Sports Production, Jennifer Wood, mengesahkan anak Gates mengambil bahagian dalam acara lompat bahagian kanak-kanak.


Bayaran dikenakan untuk pertandingan itu adalah RM138 untuk setiap bahagian dan hadiah ditawarkan antara RM4,600 dan RM6,130.

Gates, orang paling kaya di Amerika Syarikat, dikatakan menyewa rumah yang mempunyai keluasan 7,300 kaki persegi dan lapan bilik tidur serta kemudahan ekuestrian dengan harga RM1.84 juta. Hartanah yang terletak di Wellington, Florida itu bernilai RM39.5 juta.


Walaupun Candice Cerro daripada move.com tidak dapat mengesahkan kepada wartawan yang keluarga Gates menyewa rumah itu, dia berkata, hartanah itu tidak lagi berada dalam senarai untuk diiklankan.


Gates kemudian menyewa empat kuda untuk acara melompat dengan harga RM53,150 hingga RM230,000 seekor untuk anaknya.


Dia turut membelanjakan RM53,150 untuk kandang kuda dan mengupah pelatih terbaik.


Selain itu, mereka menaiki pesawat persendirian tiga kali untuk ulang alik ke rumah asal mereka di tepi Tasik Washington di Medina.


Menurut Gawker, rumah di Florida itu mempunyai lapan bilik tidur, bangsal, kandang kuda dan tempat melatih kuda serta jalan masuk yang dikawal ketat.


Ia turut mempunyai sebuah tempat letak wain bawah tanah dan bilik media.


Pengasas Microsoft itu dikatakan diberi pilihan jika mahu membeli rumah itu setelah tempoh sewa tamat.


Ketika anak perempuannya bertanding dalam acara berprestij itu, Gates yang juga terkenal kerana sikapnya yang suka menderma dilihat asyik membaca The Quest, sebuah buku mengenai tenaga global dan peranannya dalam dunia ekonomi dan politik.


Festival Ekuestrian Musim Sejuk anjuran FTI Consulting itu diadakan dari 11 Januari hingga 1 April.




LUAS... Gates diberi pilihan untuk membeli rumah itu selepas tempoh sewa tamat. 



Hadiah wang tunai RM18.4 juta ditawarkan kepada peserta kategori 18 tahun ke atas. Acara itu turut mendapat perhatian pelatih Olimpik yang mencari bakat baru.


Menurut Bloomberg, Gates adalah lelaki kedua terkaya dunia dan bernilai RM191.131 bilion selepas hartawan telekomunikasi Mexico, Carlos Slim.


Gates mengahwini Melinda French pada 1 Januari, 1994. Dua tahun kemudian mereka mendapat Jennifer Katharine. Rory John pula dilahirkan pada 1999 manakala anak bongsu mereka, Phoebe Adele lahir pada 2002.



SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...