affiliate marketing the artificial life observer: March 2012

Sunday, 25 March 2012

WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785




HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.
"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.
Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.
Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi

Saturday, 24 March 2012

COOL !! Air kencing manusia dijadikan pengganti minyak kereta



SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah meneliti cara untuk menghasilkan energi dari air kencing manusia, dan untuk membukktikan teknologi ini berfungsi, pasukan ini membuat kereta kecil yang digerakkan oleh air kencing manusia.

Teorinya, kandungan urea yang ada dalam air kencing mengandung banyak hidrogen. Dengan mengekstraknya maka akan tersaji banyak energi lewat gas hidrogen yang dihasilkan. Dan untuk itu, E-3 Technologies, perusahaan yang berbasis di Athens, Ohio, tengah mengembangkan teknologi pengolah urin sebagai intinya.

Soal bahan nanti, boleh didapati dengan berbagai cara. Mendapatkannya dari toilet awam dan pejabat-pejabat, atau menggunakan pengumpul yang lebih besar melalui kerjasama dengan perusahaan pengolahan air limbahan.


SUMBER

PELIK !! Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal



Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah

Zhou Jiugeng yang bekerja sebagai ketua Biro Perumahan Distrik di kota Nanjing menjadi terkenal kerana pemecatan itu, setelah foto yang menunjukkan Zhou menggunakan jam berharga 100.000 Yuan dan menikmati rokok berharga 150 Yuan sebungkus tersebar melalui internet.

Selain itu Zhou juga dilaporkan sering memandu Cadillac, kereta buatan General Motors, ke pejabatnya, sebuah kebiasaan yang jauh melampaui gaya hidup normal seorang pegawai negeri di China.

Pemecatan itu terjadi kurang dari sebulan setelah Zhou pernah memancing reaksi keras dari masyarakat menengah ke bawah di China yang tidak mampu membeli rumah. Pegawai perumahan itu mengatakan pada awal bulan ini perusahaan perumahan yang menjual produk mereka di bawah biaya produksi harus dihukum

SUMBER

Friday, 23 March 2012

GILA !! Hisap dadah atas kubur



NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ALLAHUAKBAR !! Dapat 4A SPM, banduan muda ingin jadi wartawan



MARANG – Saya tidak menyangka ada sekolah dalam penjara dan dari situ saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan kepada saya untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Demikian menurut seorang banduan muda, Mohd Fauzan Sharrif, 20, dari Sekolah Intergriti Marang di sini, yang dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan jenayah rogol dan memperoleh keputusan 4A 3B dan 1D dalam peperiksaan SPM 2011.

Mohd Fauzan yang dipenjarakan sejak Januari tahun lalu berkata, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke penjara itu dia tidak mengetahui bahawa penjara menyediakan peluang kepada banduan melanjutkan pelajaran di Sekolah Integriti berkenaan.

Fauzan yang bakal dibebaskan pada 11 Mei 2014 juga ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi selepas ini dan berhasrat untuk menyambung pelajarannya dalam bidang komunikasi massa di Sekolah Intergriti Kajang di Selangor.

“Dua tahun lalu saya pernah menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah di Kuantan namun hanya memperoleh 2A sahaja, dan dengan keputusan kali kedua ini saya berazam untuk mengubah kehidupan dan mengorak langkah mencapai cita-cita.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai penjara dan guru yang sudi membantu dan akan memohon untuk menyambung pelajaran di Sekolah Intergriti Kajang bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan,” katanya.

Mohd Fauzan yang ditemani Pengetua Sekolah Intergriti Marang, Azrin Mohamad, dua anggota termasuk anggota unit kawalan penjara (UKP) Penjara Marang berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Penjara Marang, di sini

SUMBER

COOL KE PELIK ?? NOKIA Cipta Tatoo, Pelekat Tubuh Bergetar Bila Dihubungi?



AMERIKA SYARIKAT – Syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia, Nokia telah mencipta satu paten dalam bentuk tatoo dan pelekat (sticker) di tubuh manusia yang akan bergetar apabila pemiliknya menerima panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (sms).

Menurut laman web unwiredview.com, paten yang dimaksudkan itu mengandungi dengan dakwat ferromagnetik yang ditanam pada tatoo atau pelekat tersebut yang kemudiannya akan dikesan gelombang magnet dari model telefon Nokia yang terpilih.

“Apa yang Nokia mahu lakukan ialah memohon kebenaran agar dakwat ferromagnetik dibenarkan untuk dibuat tatoo, yang akan bergetar berdasarkan getaran pada telefon bimbit anda,” kata laman tersebut baru-baru ini.

Memberi pilihan kepada pengguna yang tidak bersedia atau dilarang untuk mengukir tatoo pada tubuh mereka, Nokia turut mencipta sejenis pelekat di tubuh yang mampu bergetar dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.

Selain itu, laman itu juga menjelaskan bahawa pemilik tatoo itu bebas untuk memilih jenis bunyi deringan telefon mengikut nama pemanggilnya sebagaimana telefon bimbit biasa.

Malah dilaporkan juga bahawa tatoo atau pelekat tersebut turut bergetar sekiranya telefon bimbit tersebut hampir kehabisan caj bateri.

Nokia merupakan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit yang berpengkalan di Helsinki, Finland, dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. – Mynewshub.my

ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Qi Cari Masa Sesuai Meminang Yuna



KUALA LUMPUR, 23 MAC 2012: Bagi mereka yang mengikuti perkembangan berita hiburan tempatan pasti sudah mengetahui hubungan cinta antara penyanyi wanita terkenal, Yuna bersama pengacara yang kini galak menjinakkan diri dalam bidang lakonan iaitu Qushairi Razali atau lebih dikenali dengan Qi.

Hubungan cinta yang sudah mencecah usia dua tahun itu ternyata diterima baik oleh para peminat kedua-dua selebriti terkenal ini.

Mereka juga tidak pernah dilanda kontroversi apatah lagi masing-masing sibuk mengejar cita-cita masing-masing.

Berkesempatan bertemu Qi yang menemani Yuna ketika majlis pelancaran kolaborasi Yuna dan Samsung Malaysia untuk The Sparkle Project, memberi kesempatan portal murai.com.my menemuramah jejaka berkenaan yang setia menanti kekasihnya itu menghabiskan sesi fotografi.

Bertanyakan hala tuju hubungan cinta mereka, Qi dengan tenang menjawab persoalan yang diajukan kepadanya dan memberitahu mempunyai rancangan untuk berumahtangga.

"Umur saya sudah meningkat. Pernah juga terfikir untuk menamatkan zaman bujang tetapi masing-masing sibuk dan kami berdua belum menetapkan waktu atau tempoh untuk kami mengakhiri zaman solo.

"Tetapi jika diizinkanNya dalam setahun dua ini saya akan cari masa yang sesuai untuk meminang Yuna.

"Niat itu sudah lama ada, cuma masa yang sesuai belum sampai," antara petikan jawapan yang diberikan Qi jujur.

Hubungan yang terpisah beribu batu dan jarak masa yang jauh bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk terus berhubung.

Menurut Qi, paling kurang sehari sekali mereka akan berhubung tidak kiralah melalui panggilan telefon mahupun internet.

"Dugaan itu sudah semestinya. Apatah lagi masa tidak sama. Kadang-kadang saya baru balik kerja Yuna baru bangun tidur, tapi kemudahan sudah tersedia jadi kami gunakan untuk berhubung.

"Selalunya Skype menjadi medium kami berhubung dan tidak ketinggalan juga panggilan telefon.

"Paling tidak, dalam sehari mesti sekali bertanya khabar itu sudah cukup untuk melepas rindu.

"Saya tidak menggangap hubungan seperti ini susah kerana saya tahu Yuna berada di sana adalah untuk mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini.

"Peranan saya adalah untuk memberi sokongan penuh terhadap minatnya itu," ujar Qi lagi.

Qi yang juga bekas pemain drum kumpulan rock alternative OAG, memandang aktiviti seni Yuna dengan begitu positif dan merasakan ia perkembangan yang sihat setelah melihat karya yang terhasil punya kualiti yang tersendiri.

Qi yang sering dilihat menjadi pengemudi rancangan televisyen kini menunjukkan minat dalam bidang lakonan dan sibuk berlakon dalam telemovie dan siri televisyen yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

SUMBER

Thursday, 22 March 2012

COOL !! YouTube Malaysia Sudah Dilancarkan

Smith (kiri) dan Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan



KUALA LUMPUR: YouTube Malaysia dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith di Kuala Lumpur hari ini.

Smith berkata, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari.
Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia.

YouTube Malaysia bakal melancarkan pindah naik video dengan cepat.

Aplikasi YouTube Malaysia juga diaktifkan secara rasmi terutama kepada pengguna Malaysia.

Majlis pelancaran terbabit disertai Yuna dan Mizz Nina.

SUMBER

COOL !! ROVIO AKAN MEMBINA TAMAN TEMA ANGRY BIRDS




ROVIO, syarikat yang menghasilkan permainan Angry Birds bekerjasama dengan peruncit utama AS untuk menjual barangannya dan merancang untuk membuka taman tema di Britain dalam usaha untuk meluaskan permainan mudah alih menjadi jenama ala Disney.


Ketua Pemasaran bagi syarikat dari Finland yang menghasilkan permainan paling banyak dimuat turun, Peter Vesterbacka, berkata Rovio tidak hanya dilihat sebagai syarikat permainan, malah sebagai jenama hiburan.
“Kami mahu menjadikan Angry Birds sebagai sebahagian daripada satu budaya pop yang kekal,” katanya dalam satu temubual di London yang turut membandingkan dengan jenama Sanrio iaitu Hello Kitty atau Nintendo Mario.


“Kami baru saja bermula,” tambahnya.
Angry Birds, permainan mudah alih melastik burung, dimuat turun lebih daripada 700 juta kali dan menjadi permainan paling pantas berkembang di Facebook.
Profil Rovio meningkat mendadak tahun lalu dengan menumpang permainan animasi hit dari filem Rio yang dihasilkan 20th Century Fox, News Corp.
Nilai syarikat itu dianggarkan mencecah AS$9 bilion, tinggi sedikit berbanding dua tahun lalu iaitu selepas Angry Birds mula dikeluarkan untuk iPhone.
“Ia adalah tekaan terbaik,” kata Vesterbacka yang membandingkan Rovio dengan pembuat permainan Facebook, Zynga yang menjadi syarikat awam pada Disember dengan nilai pasaran sebanyak AS$9.6 bilion.


Kini, Rovio memeterai perjanjian dengan peruncit utama AS untuk memasarkan alat mainan, buku dan kemeja-T di beribu kedai di seluruh negara, selaras dengan pelancaran permainan Angry Birds Space terbaru minggu ini.



Syarikat itu turut merancang untuk membuka kedai runcitnya di China tidak lama lagi.
Rovio enggan memberitahu nama peruncit AS itu sebelum membuat pengumuman rasmi mengenainya, namun begitu berkata, ia akan menjadi kerjasama terbesar berbanding pakatan sedia ada iaitu Barnes & Noble, yang mana pelawat yang melawat kedai terbabit boleh mengambil kredit permainan secara percuma.
Rovio juga berkata, ia merancang untuk melancarkan taman tema aktiviti di Britain yang menjadi pasaran asal untuk permainan Angry Birds dan pasaran pertama luar dari Finland. Asia akan menjadi lokasi berikutnya.

Taman tema yang mana akan dibina secara perkongsian dengan pembuat peralatan taman permainan di Finland, Lappset, akan menampilkan buai yang diilhamkan dari Angry Birds, petak pasir, menara pendaki, gelungsur dan permainan arked luar.
“Kami tidak mampu untuk melabur berbilion untuk taman tema. Kami adalah syarikat kecil dari negara kecil,” kata Vesterbacka.



Rovio memiliki kira-kira 300 pekerja, meningkat sejak 50 tahun lalu dan terpaksa berpindah dari pusat Helsinki ke ibu pejabat baru lebih besar bersebelahan dengan pembuat telefon mudah alih Nokia.
Vesterbacka mengulangi bahawa Rovio tidak tergesa-gesa menjadi syarikat senaraian awam. Pembiayaan terakhir yang diperoleh adalah tahun lalu, iaitu sebanyak AS$42 juta menerusi modal teroka firma Accel, Atomico dan Felicis Ventures.


Beliau berkata, Rovio tidak memerlukan wang dan menaikkan modal utamanya untuk menarik pelaburnya seperti pengasas Atomico, Niklas Zennstrom yang juga Pengasas Bersama Skype.
“Tahun 2012 adalah yang paling sibuk. Ia seperti tahun lalu yang mana kami membina infrastruktur. Kami boleh membiayai sendiri pertumbuhan Rovio,” katanya-Reuters

ALLAHUAKBAR !! Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan Haji




Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

“Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun.

Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.

Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur’an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.

“Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah” kata Hadzic.

“Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua.”

Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.



“Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji” kata Hadzic.

“Tapi saya saya menolaknya.” Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.

“Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki” kata Hadzic.

“Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya.”

Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.

“Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah” kata Hadzic.

“Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan.” Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.

“Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti ‘berterima kasih’ dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati” kata Hadzic.

SUMBER

COOL !! 15 FAKTA TENTANG BRUCE LEE YANG ANDA PERLU KETAHUI




1. Bruce Lee ada kecacatan bawaan dimana kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya memakai spec mata yg cukup tebal, dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada di zaman itu

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah mixed chinese & german, jadi Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman

4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam film pada umur 3 bulan. Ia dibawa ayahnya, seorang yg cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada film pertamanya

5. Dalam suatu lelong dimana sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri berjudul “My Definite Chief Aim” terjual sebanyak US$29,500.

6. Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat, dia dapat melakukan pull up 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang sebegitu besar tidak pernah pun menang gusti lengan dgn Bruce Lee.

8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan kadang2 dengan dua tangan menggunakan ibu jari saja

9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tinju dari jarak 1 inci dlm satu tournament karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo jepun yang memiliki berat 100 kg. Judo jepun itu ditinju dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya jatuh ke lantai. (baru tau hehehe)

10. Pada umur 13 tahun Bruce Lee berguru dgn Yip Man (film ip man tu) untuk belajar Wing Chun

11. Ada 3 murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika Bruce Lee mengajarkan kung fu kepada semua bangsa tanpa pilih kasih, di sebabkan itu dia ditentang oleh perguruan kung fu lain dgn tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima tentangan itu dan menghajar wakil dari perguruan tersebut dalam masa 3 minit. Menurut Bruce Lee perlawanan itu patut berakhir dlm beberapa saat saja. Mulai saat itu dia berlatih lebih gigih lagi, dan menemukan konsep “Jeet Kune Do”.

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yg dilakonkan Jason Scott Lee adalah film yang tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dlm film itu Bruce Lee ditendang dipunggungnya hingga menjadi lumpuh dan akhirnya duduk di kerusi roda. Dalam kejadian sebenar, kecederaan Bruce Lee disebabkan ia membuat latihan dgn beban yg terlalu berat dan menyebabkan cedera tulang belakang, dan sebenarnya dia tidak pernah pun duduk di kerusi roda.

14. Dalam masa dia berehat akibat dari cedera tulang belakangnya selama 6 bulan, terciptalah buku “Tao of Jeet Kune Do” yg menjadi best seller.

15. Waktu sebelum kematian Bruce Lee, pa qua (sejenis azimat yg dipercaya dapat menghalau semangat jahat) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.

INFO LANJUT DI >SUMBER

GILA !! HURUF ALIF DIGANTIKAN DENGAN LOGO 1 MALAYSIA



aku xtau nak ckp apa..ni masa aku blogwalking aku jumpa benda ni..menurut sumber lain..logo tu ada dekat surah al-mulk..bawah ini quotation sepenuhnya dari amenoworld

Lihatlah sendiri gambar kat atas neh beb. Bukan super impose geng. Aku mempercayai orang yang bagi info neh kat aku, siyes. Takde sebab ai dorang nak menipu seme tue. Lihat bebaik gambar kat atas neh.Ada crown dan mewarnakan ia lagi seakan2 menyerupai logo 1malaysia. Aisehmen. Aku pun tak faham lah mentaliti dorang neh macam mana. Siyes. Tak perlu beb nak taksub bagai neh seme. Masih ingat kes songkok? Tue lah akibatnya bila terlalu jauh.. umno dan bien tue manusia biasa jek. Logo 1 malaysia tue lagi lah benda yang biasa2. Korang tak perlu buat seme neh. Dan yang paling penting tak perlu nak mensatumalaysiakan pula huruf2 Alquran.Dan, cuba fikir ke dalam sikit. Kalau alif = 1 = bukan kah makna sebenar dia sepatutnya telah berubah?1 = nombor.Alif = sebutan.Faham tak?Bersama gambar di atas, dia berikan aku link jawapan ustaz, lihat kat bawah neh ;






P/s: Blog gua jarang sangatsangatsangat ada isu politik.aku cuma amek tau..tapi xnah update kat blog..ada pon yang pasal entri LYNAS..sbb benda tu bhaya jadi aku share,,,tbe2 kua lak benda baru yang membabitkan AGAMA ISLAM..so aku sbgai org islam.kena alert dan sebarkan..mohon sebarkan okay :)

GILA !! RM 280,000 LESAP DALAM 10 MINIT

TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.
TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.


KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.

Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.



Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan

SUMBER

LAGI KES REMAJA HILANG !! JADI MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA




BANGKOK - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram.  

Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.

Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.

"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.

Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.

"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.

Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.  

"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.

 Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.

 Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.

Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.

"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.

Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.

"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.

Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.

Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.

Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.

SUMBER

ALHAMDULILLAH !! Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM

Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM


SHAH ALAM – “Kehidupan dalam penjara menginsafkan saya dan di dalam penjara menyedarkan saya bahawa hanya ilmu yang mampu mengubah jalan hidup saya dan saya percaya hanya ilmu yang mampu membersihkan nama saya.

“Saya tekad duduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun lepas, syukur ia rezeki saya apabila berjaya,” kata bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23.

Beliau yang dibebaskan dari Penjara Kajang Oktober lalu setelah dipenjarakan sejak 2008 kerana terbabit dalam kegiatan jenayah, yang tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu kerana desakan hidup, memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1E.

Muhammad Zainal merupakan antara sembilan pelajar cemerlang SPM di Selangor menerima keputusan peperiksaannya daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus di sini hari ini.

Beliau yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Integriti Kajang berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-guru serta pihak penjara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan pengurusan berkata, pihak penjara memaklumkan kepadanya yang mereka akan bantunya untuk mendapatkan tempat bagi melanjutkan pelajarannya.

Muhammad Zainal Ariff, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan turut menyampaikan pesan kepada mereka yang senasib dengan dirinya supaya berani berubah kerana hanya diri sendiri yang mampu berbuat demikian. – BERNAMA

Wednesday, 21 March 2012

Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas




HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.

Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. - AFP

GILA !! Angkara RM1 lutut naik muka

ADU...Wong menunjukkan laporan polis dan aduan kepada JPJ mengenai serangan pemeriksa tiket bas henti-henti.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana sekeping tiket bas bernilai RM1, seorang warga emas mendakwa dicederakan di bahagian mukanya oleh pemeriksa tiket di Rawang dekat sini gara-gara enggan membeli tiket baru selepas dituduh menggunakan tiket tidak sah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada 6 Mac lalu, mangsa, Wong Soo Tian, 83, menaiki bas henti-henti di Jalan Ipoh untuk pulang ke rumahnya di Rawang selepas mendapatkan ubat dan rawatan susulan di sebuah klinik di situ.


Katanya, sebaik bas melalui kawasan Batu Caves, seorang lelaki dipercayai pemeriksa tiket naik bas terbabit sebelum memeriksa tiket setiap penumpang termasuk dirinya.

“Saya terus berikan tiket seperti diminta, namun mereka mengatakan tiket saya tidak sah sebelum menyuruh saya membeli tiket baru. Saya enggan kerana tiket itu dikeluarkan sendiri konduktor bas terbabit.


“Saya cuba mempertahankan diri dengan menyuruh lelaki berkenaan bertanya sendiri kepada konduktor yang ketika itu berada di bahagian hadapan bas berhampiran pemandu, namun secara tiba-tiba lelaki itu mengangkat lututnya hingga mengenai muka saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Wong berkata, tidak cukup dengan itu, mukanya turut ditonyoh seorang lagi pemeriksa tiket yang menaiki bas berkenaan tidak lama kemudian selepas lelaki berkenaan menghubunginya.


Menurutnya, dia percaya orang ramai mahu membantu, namun akibat takut, mereka menghentikan niat masing-masing, tetapi seorang daripada penumpang menyarankan supaya dia membuat laporan polis.


“Lebih 20 tahun saya menaiki bas untuk ke pelbagai destinasi, inilah kali pertama saya dilayan sebegini teruk. Selepas ini, saya serik untuk menaiki bas lebih-lebih milik syarikat terbabit.


“Diharap syarikat bas itu akan melihat kes saya secara serius kerana saya tidak mahu warga emas lain menjadi mangsa. Saya yakin kejadian ini berkait rapat dengan penyelewengan sama ada konduktor bas terbabit atau pemeriksa tiket itu sendiri,” katanya.


Wong yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Rawang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)


P/s :macam2 lah dunia sekarnag.huhu

Tuesday, 20 March 2012

COOL !! ANDY LAU BAKAL JADI RAKYAT MALAYSIA




Malaysia Sedia Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR

PETALING JAYA: Kehadiran penyanyi terkenal dan pelakon Hong Kong, Andy Lau akan disambut baik sekiranya dia memohon status penduduk tetap (PR) di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam bagaimanapun berkata, Andy perlu melalui proses biasa seperti mana pemohon lain yang ingin menetap di negara ini.

"Secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon taraf PR sekiranya mereka berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia," katanya kepada The Star.

Mahmood berkata, Andy yang kini berusia 50 tahun boleh melakukan permohonan itu secara online di laman web Jabatan Imigresen Malaysia selain perlu hadir sendiri ke jabatan tersebut untuk memohon secara rasmi.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, Andy juga boleh memohon Pas Menetap yang boleh diperbaharui setiap lima tahun sebagai salah satu inisiatif oleh kerajaan.

Sebelum ini, dalam laporan akhbar, Andy memberitahu dia berminat untuk memegang status penduduk tetap di Malaysia untuk membesarkan bayi perempuannya.

Isterinya, Carol chu, 45, yang kini sedang mengandung tujuh bulan dijangka bersalin pada Mei depan di Hong kong. Isterinya itu adalah bekas ratu cantik dan seorang rakyat Malaysia.

sumber

Sunday, 18 March 2012

COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta





BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.

Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman. - Agensi

COOL !! Ubah suai Ford jadi Bugatti Veyron




MIAMI - Seorang peminat kereta, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600 (RM4,812) menjadi kereta sport Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.

Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).

Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam. - Agensi

PELIK !! WANITA INI SUDAH 10 TAHU TIDAK DUDUK




Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah kesenangan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.

Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar hebat pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.

Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak ‘penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.
“Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di panggung wayang,” ujarnya, seperti dikutip dari laman The Sun.

Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha memperoleh pengubatan untuk meredakan rasa sakit namun tak banyak membantu. “Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring.”

Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.

sumber

FAKTA WAJIB TAHU !! PENTINGNYA PEMANASAN BADAN SEBELUM BERSENAM


Pakar Kardiologi, Dr. Azar Azman Abu Bakar berkata, serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis. “Biasanya ia berlaku kepada aktiviti yang memerlukan pecutan kemudian berhenti secara mengejut,” katanya. Kata beliau lagi, statistik menunjukkan serangan jantung kerap berlaku kepada pemain terutama ketika musim perlawanan. Pakar Kardiologi, Dr. Azar Azman Abu Bakar berkata, serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis. 

Punca-puncanya:

1) Hipertropik Kardiomiopati – Penebalan otot jantung disebabkan oleh kegiatan sukan yang berterusan dan / atau masalah kelainan genetik; risiko masalah rentak jantung ventrikular. Kata Dr. Azar, ia berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu kegiatan lebih daripada biasa seperti tenaga yang dikerah ketika perlawanan. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik daripada kecil. Menurut beliau, 26 peratus daripada kematian mengejut berpunca daripada masalah ini berlaku kepada ahli sukan.

2) Komotio Kordis – Berlaku ketika perlanggaran terutama di bahagian dada. Jika dilihat, pemain tidak mengalami kecederaan namun jantungnya telah bergegar. Peratus survival hanya 15 peratus.

3) Ketidaknormalan arteri koronari – Kelainan perjalanan pembuluh darah jantung sejak lahir; risiko mendapat iskemia dan aritmia. Keadaan ini menyebabkan darah tidak cukup lalu pemain boleh rebah.

4) Miokarditis – Radangan otot jantung contohnya disebabkan oleh jangkitan virus; risiko mendapat kegagalan jantung dan aritmia

5) Sindrom Marfan – kelainan genetik di mana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah aorta dan risiko pecahan dinding tersebut. Biasanya berlaku kepada mereka yang bersusuk tubuh tinggi seperti pemain bola keranjang. Terdapat kes di mana pemain mati mengejut di padang.

6) Kardiomiopati ventrikal kanan arrithmogenik – Kelainan genetik melibatkan masalah rentak jantung ventrikular

7) Arteri koronari rentang – Kelainan otot jantung menyebabkan pembuluh darah koronari terhimpit semasa degupan jantung

8) Stinosis injap aortik – Penyempitan injap jantung aortik disebabkan masalah kongenital (injap bikuspid) atau komplikasi jangkitan rheumatik

9) Penyakit arteri koronari artherosklerotik – Pembunuh perubatan nombor satu di mana terdapat penyempitan / sumbatan pembuluh darah koronari. Kejadian serangan jantung atau rentak jantung (ventrikular artmia) boleh berlaku spontan terutama dalam keadaan stres fizikal atau emosi.

Lazimnya terjadi pada seseorang yang mempunyai risiko seperti sejarah keluarga, merokok dan sebagainya. Kebelakangan ini semakin ramai pesakit yang usia muda (lelaki dan perempuan) mengalami masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

10) sindromLong QT – Masalah genetik menyebabkan masalah rentak ventrikular yang tidak normal

11) Arteri serebral pecah – Masalah aneurysm pembuluh darah otak yang tidak diketahui ada yang pecah semasa dalam keadaan stres

COOL !! 'Lebuh raya elektrik' beroperasi di AS

SEBUAH kereta Nissan Leaf dicas di stesen pengecas pantas di lebuh raya Interstate 5 kelmarin.



CENTRAL POINT, Amerika Syarikat (AS) - Pada musim panas tahun lalu, Justin Denley terpaksa bermalam di sebuah motel semata-mata untuk mengecas kereta elektriknya yang mengambil masa semalaman ketika melalui lebuh raya rentas negeri Interstate 5 (I-5) dekat sini, negeri Oregon.

Kini, dia dan pemilik kereta elektrik lain tidak lagi perlu membazir masa atau gusar kenderaan mereka kehabisan tenaga sewaktu melakukan perjalanan jauh di lebuh raya berkenaan.

Mereka boleh mengecas kenderaan masing-masing dalam masa kurang setengah jam selepas lapan stesen pengecas pantas beroperasi di laluan sejauh 260 kilometer di lebuh raya I-5 Jumaat lalu.

Laluan berkenaan kini dikenali sebagai 'lebuh raya elektrik' pertama di AS.

Dibina selang 40 kilometer, fasiliti tersebut ditempatkan di beberapa stesen minyak, restoran rehat dan rawat serta motel bagi keselesaan pengguna.

Susunan itu juga dapat memastikan pemandu sampai ke stesen berikutnya walaupun terlepas sebuah stesen pengecas berkenaan.

Kereta elektrik di AS seperti Nissan Leaf memiliki jarak perjalanan sekitar 110 kilometer.

"Kereta kehabisan tenaga atau masa mengecas yang lama bukan lagi isu buat saya. Lagipun, kemudahan ini diberikan percuma," kata Denley yang memandu kereta Nissan Leaf.

I-5 yang dibina di Pantai Barat AS, menghubungkan Kanada dengan Mexico.

Menjelang hujung tahun ini, sejumlah stesen pengecas pantas itu akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya I-5 dari Kanada menuju ke sempadan negeri California yang merangkumi jarak sekitar 885 kilometer.

"Saya gembira mendengar berita ini. Saya lebih rela menghabiskan masa 20 minit untuk mengecas kereta elektrik saya daripada membayar sekitar AS$5 (RM15.30) untuk setiap 3.78 liter atau segelen petrol," kata seorang eksekutif yang juga pemilik Nissan Leaf, Steve Smith. - AP

Saturday, 17 March 2012

AWAS !! [FAKTA WAJIB TAHU] Bahaya minuman berkarbonat






MASSACHUSETTS- Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard.

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.

Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.

Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara 1986 dan 2008.

Dr, de Koning bagaimanapun berkata, kajiannya tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat.

"Air masak, kopi dan teh tanpa gula adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak. Namun, tidak pasti pula sama ada jus buah adalah pengganti terbaik kerana kami tidak melakukan ujian mengenainya," tambahnya. - AGENSI

ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri




SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.-Bernama

COOL !! iPad 3 jadi rebutan


SEJUMLAH orang berbaris semasa menunggu untuk membeli iPad di Sydney, Australia semalam.


LONDON - Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3.

Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,.

Di Tokyo, sekitar 450 orang beratur di luar sebuah kedai Apple.

Sebahagian mereka sanggup bermalam di luar premis berkenaan kerana mahu menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad 3.

"Saya mahu menunjukkan komputer ini kepada rakan-rakan," kata seorang perunding komputer berusia 33 tahun, Norio Nakayama di luar kedai tersebut.

"Saya akan memberikan iPad lama saya kepada isteri saya," tambahnya.

Di Hong Kong pula, hari pertama jualan iPad 3 menyaksikan komputer itu bertukar tangan apabila ia dijual beberapa ratus dolar Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi berbanding harga jualan.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, seorang peniaga membeli dua iPad 3 versi 32 gigabit pada harga bersamaan AS$1,700 (RM5,201) daripada seorang pelanggan yang membayar AS$1,200 (RM3,670) untuk dua gajet berkenaan.

Versi ketiga iPad itu turut dijual di Australia, Jerman dan Switzerland semalam serta boleh dibeli di AS dan Kanada bermula pukul 8 pagi waktu tempatan manakala 25 negara lain akan mula menerima komputer tersebut seminggu kemudian.

Model iPad 3 dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan skrin lebih jelas.

Ia juga didatangkan dengan kamera lebih bermutu seperti yang terdapat pada iPhone terbaharu.

Walaupun gajet itu berdepan saingan sengit daripada komputer tablet murah seperti Kindle Fire, iPad kekal sebagai komputer tablet paling popular.

Apple menjual lebih 55 juta komputer iPad sejak ia mula memasuki pasaran pada 2010 termasuk 40 juta unit pada tahun lalu. - Agensi

Friday, 16 March 2012

Suspek penggodam Anonymous ditahan


PARIS – Seramai 25 suspek disyaki ahli gerakan penggodam Anonymous ditahan dalam satu operasi merentasi Eropah dan Amerika Selatan baru-baru ini.



Agensi polis antarabangsa dalam kenyataan memberitahu, tangkapan dilakukan di Argentina, Chile, Colombia dan Sepanyol oleh pegawai penguatkuasa undang-undang yang bertugas di bawah Kumpulan Terlatih Interpol Amerika Latin dalam Jenayah Informasi dan Terknologi.

Suspek-suspek ditahan berumur antara 17 dan 40 tahun dan disyaki merancang melaraskan serangan siber terhadap beberapa buah institusi termasuk Kementerian Pertahanan Colombia, laman web presiden, syarikat elektrik Endesa Chile serta perpustakaan kebangsaan, termasuk lain-lain sasaran.

Menurut Interpol, tangkapan dilakukan berikutan siasatan berterusan pada pertengah Februari yang mana membawa kepada 250 rampasan melibatkan peratan teknologi maklumat (IT) dan telefon-telefon bimbit di sekitar 40 buah premis dalam 15 buah bandar.

Gerakan Anonymous semakin dipolitikkan ditengah-tengah kawalan ketat global terhadap jenayah cetak rompak muzik dan kontroversi antarabangsa pendedahan rahsia laman WikiLeaks.

sumber

FAKTA : SIAPA YANG MENCIPTA GOOGLE


Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq bawah simbol GOOG.Google adalah mainan kata pada kata Googol, yang dicipta oleh Milton Sirotta, anak saudara dari ahli matematika Amerika Edward Kasner, dan telah dipopularkan dalam buku, Matematik dan imagination oleh Kasner dan James Newman . Ia merujuk kepada bilangan yang diwakili oleh angka 1 diikuti oleh 100 sifar. Penggunaan istilah oleh Google mencerminkan misi syarikat untuk mengatur jumlah besar, seolah-olah tidak terhingga maklumat yang ada di web.

Semula sebelum Google? 

Menurut ke Google tradisi, syarikat pengasas Larry Page dan Sergey Brin tidak betul-betul menyukai antara satu sama lain apabila mereka pertama kali bertemu sebagai graduan Universiti Stanford pelajar dalam bidang sains komputer pada tahun 1995. Larry adalah Universiti berusia 24-tahun-alumni Michigan pada lawatan hujung minggu; Sergey, 23, adalah antara kumpulan pelajar yang ditugaskan untuk menunjukkan kepadanya sekitar. Mereka berhujah tentang topik setiap mereka dibincangkan. Pendapat yang kuat mereka dan pandangan berbeza akhirnya akan mencari titik persamaan dalam pendekatan yang unik untuk menyelesaikan salah satu cabaran terbesar pengkomputeran: mendapatkan semula maklumat yang relevan daripada satu set data yang besar-besaran.



Menjelang Januari 1996, Larry dan Sergey mula kerjasama pada enjin carian yang dipanggil BackRub, dinamakan untuk keupayaan unik untuk menganalisis "pautan kembali" yang menunjuk ke laman web yang diberikan. Larry, yang sentiasa dinikmati tinkering dengan mesin dan telah mendapat beberapa terkenal untuk membina sebuah pencetak bekerja daripada Lego, mengambil tugas mewujudkan jenis baru persekitaran pelayan yang menggunakan PC akhir rendah berbanding besar mesin mahal. Ditimpa oleh kekurangan saka tunai biasa untuk bergraduat pelajar di mana-mana, pasangan itu mengambil menghantui dok memunggah jabatan dengan harapan mengesan yang baru tiba komputer bahawa mereka boleh meminjam untuk rangkaian mereka.

Setahun kemudian, pendekatan unik mereka kepada analisis pautan pendapatan BackRub reputasi yang semakin meningkat di kalangan orang-orang yang telah melihatnya. Buzz mengenai teknologi carian baru bermula untuk membina sebagai penyebaran perkataan sekitar kampus.

Mencari pembeli

Larry dan Sergey terus berusaha untuk menyempurnakan teknologi mereka melalui separuh pertama 1998. Mengikuti jalan yang akan menjadi prinsip utama cara Google, mereka membeli terabyte cakera pada harga yang rendah dan membina perumahan komputer mereka sendiri di dalam bilik asrama Larry, yang menjadi pusat data pertama Google. Sementara itu Sergey menubuhkan sebuah pejabat perniagaan, dan kedua-dua mula menyeru rakan kongsi yang berpotensi yang mungkin ingin melesenkan teknologi carian yang lebih baik daripada mana-mana kemudiannya didapati. Walaupun demam dotcom hari, mereka tidak mempunyai kepentingan dalam membina sebuah syarikat mereka sendiri di seluruh teknologi yang mereka telah membangunkan.

Antara mereka yang menyeru adalah rakan dan pengasas Yahoo! David Filo. Filo bersetuju bahawa teknologi mereka adalah pepejal, tetapi digalakkan Larry dan Sergey untuk mengembangkan perkhidmatan mereka sendiri dengan memulakan sebuah syarikat enjin carian. "Apabila ia dibangunkan sepenuhnya dan berskala," katanya kepada mereka, "mari berbincang Semula." Lain-lain kurang berminat dalam Google, kerana ia kini dikenali. Satu portal Ketua Pegawai Eksekutif kepada mereka, "Selagi kami 80 peratus sebagai baik sebagai pesaing kita, yang cukup baik. Pengguna kita tidak benar-benar peduli tentang carian."

Disentuh oleh malaikat

Tidak dapat menarik minat pemain portal utama hari, Larry dan Sergey membuat keputusan untuk mencuba sendiri. Semua yang mereka perlukan ialah tunai yang kecil untuk bergerak keluar dari asrama - dan untuk membayar kad kredit yang mereka telah maxed membeli terabyte ingatan. Jadi mereka menulis rancangan perniagaan, meletakkan Ph.D. mereka rancangan ditunda, dan pergi mencari pelabur malaikat. Lawatan pertama mereka adalah dengan rakan ahli fakulti.

Andy Bechtolsheim, salah satu daripada pengasas Sun Microsystems, telah digunakan untuk mengambil pandangan jangka panjang. Satu melihat demo mereka dan dia tahu Google mempunyai potensi - banyak potensi. Tetapi walaupun kepentingan beliau telah piqued, beliau telah tertekan dengan masa. Sebagai Sergey memberitahu ia, "Kami bertemu beliau awal-awal lagi satu pagi di anjung di rumah 1 ahli Stanford fakulti itu di Palo Alto. Kami telah memberikan kepadanya 1 demo cepat. Dia untuk berjalan di luar tempat, jadi dia berkata, 'Sebaliknya bagi kita membincangkan semua maklumat lanjut, mengapa saya tidak hanya menulis cek? ' Ia telah dibuat kepada Google Inc. Dan $ 100,000. "

Pelaburan yang diwujudkan dilema kecil. Sejak tidak ada entiti undang-undang yang dikenali sebagai "Google Inc.," Tidak ada cara untuk mendepositkan cek. Ia duduk di dalam laci meja Larry selama beberapa minggu sementara dia dan Sergey rawak untuk menubuhkan perbadanan dan mencari penaja lain di kalangan keluarga, rakan-rakan, dan kenalan. Akhirnya mereka membawa dalam jumlah pelaburan awal sebanyak hampir $ 1 juta.

Garasi band kegemaran semua orang

Pada bulan September 1998, Google Inc. Membuka pintu di Menlo Park, California. Pintu datang dengan kawalan jauh, kerana ia telah dilampirkan ke garaj teman yang menyewakan ruang kepada kakitangan perbadanan baru tiga. Pejabat menawarkan beberapa kelebihan besar, termasuk mesin basuh dan pengering dan tab panas. Ia juga menyediakan ruang letak kereta bagi pekerja pertama yang disewa oleh syarikat baru: Craig Silverstein, kini pengarah teknologi Google.

Sudah Google.com, masih dalam versi beta, telah menjawab 10,000 permintaan carian setiap hari. Akhbar mula mengambil notis laman web orang kaya baru dengan hasil carian yang relevan, dan artikel extolling Google muncul di USA HARI INI dan Le Monde. Bahawa Disember, PC Magazine dinamakan Google 1 Laman Web Top 100 dan Mesin pencari untuk tahun 1998. Google telah bergerak di dunia.

Di atas jalan raya sekali lagi

Kami cepat mengatasi pesaing batasan rumah Menlo Park kami, dan oleh Februari 1999 telah berpindah ke pejabat pada Universiti Avenue di Palo Alto. Pada lapan pekerja, kakitangan telah hampir tiga kali ganda, dan perkhidmatan itu menjawab lebih daripada 500,000 pertanyaan sehari. Kepentingan dalam syarikat itu telah berkembang juga. Red Hat menandatangani sebagai pelanggan komersil yang pertama, yang dilukis di bahagian oleh komitmen untuk menjalankan pelayan pada sistem operasi sumber terbuka Linux Google.

Pada 7 Jun, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah mendapat pusingan pembiayaan yang termasuk $ 25 juta daripada kedua-dua firma modal teroka yang terkemuka di Lembah Silikon, Sequoia Capital dan Kleiner Perkins Caufield & Byers. Dalam satu ulangan percantuman bertentangan yang melahirkan ke Google, kedua-dua firma - biasanya bersaing, tetapi mata-mata di atas nilai pelaburan baru ini - kedua-duanya mengambil tempat duduk di lembaga pengarah. Michael Moritz Sequoia dan John Doerr Kleiner Perkins - yang di antara mereka telah membantu mengembangkan Sun Microsystems, Intuit, Amazon, dan Yahoo! - menyertai Ram Shriram, CEO Junglee, di meja ping pong yang berkhidmat sebagai perabot bilik lembaga formal.

Dalam tempoh yang singkat, mengupah utama mula untuk mengisi pejabat sederhana syarikat itu. Omid Kordestani meninggalkan Netscape untuk menerima kedudukan sebagai naib presiden pembangunan perniagaan dan jualan, dan Urs Holze telah diupah dari UC Santa Barbara sebagai naib presiden kejuruteraan. Ia cepat menjadi jelas bahawa lebih banyak ruang yang diperlukan. Pada satu titik pejabat menjadi begitu sempit bahawa pekerja tidak dapat berdiri di meja mereka tanpa orang lain mengemaskan kerusi mereka terlebih dahulu.

Tiada carian enjin beta

Gridlock itu diringankan dengan langkah ke Googleplex, ibu pejabat baru kami di Mountain View, California. Dan terletak jauh di satu sudut struktur dua tingkat, kernel Google terus berkembang - menarik kakitangan dan pelanggan dan menarik perhatian dari pengguna dan media. AOL / Netscape memilih Google sebagai perkhidmatan carian web dan membantu menolak tahap trafik melepasi 3 juta carian setiap hari. Jelas sekali, kita telah berkembang. Apa yang telah menjadi projek penyelidikan kolej adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Maka pada September 21, 1999, label beta datang off Google.com.

Masih kita terus berkembang. Portal Itali Virgilio ditandatangani pada sebagai pelanggan, seperti yang dilakukan Virgin bersih, panduan hiburan atas talian yang terkemuka di UK. Memerhatikan kekerapan tinggi dalam pengiktirafan yang diikuti termasuk Anugerah Kecemerlangan Teknikal Inovasi Pembangunan Aplikasi Web dari Majalah PC dan dimasukkan dalam beberapa "terbaik" senarai, yang berakhir dengan penampilan di Top majalah Time Sepuluh senarai Cybertech Best Google bagi tahun 1999.

Terbina dalam inovasi

Pada Googleplex, budaya syarikat yang unik telah berkembang. Untuk memaksimumkan fleksibiliti ruang kerja, bola latihan getah besar repurposed sebagai kerusi pejabat yang sangat mudah alih dalam persekitaran terbuka yang bebas daripada dinding kubikel. Manakala komputer pada desktop sepenuhnya powered, meja sendiri pintu kayu dipegang oleh pasangan sawhorses. Lampu lava mula tumbuh seperti cendawan pelbagai-hued yang. Anjing besar berkeliaran dewan - di kalangan mereka Yoshka, Leonberger yang besar tetapi lembut. Selepas proses kajian yang teliti, Charlie Ayers telah diupah sebagai chef syarikat, dengan membawa bersamanya repertoire eklektik resipi yang peka terhadap kesihatan beliau membangunkan semasa memasak untuk Mati Bersyukur. Bahagian tempat letak kereta telah diajak untuk dua kali seminggu roller permainan hoki. Larry dan Sergey mengetuai mesyuarat TGIF mingguan di ruang yang terbuka di kalangan meja, yang dengan mudah ditempatkan pekerja 60-kira syarikat.

Suasana tidak formal diternak keserakanan dan pertukaran idea-idea yang dipercepatkan. Orang pekerja google yang dibuat banyak penambahbaikan yang berterusan kepada enjin carian sendiri dan menambah peningkatan seperti Google Directory (berdasarkan Open Directory Project Netscape) dan kemampuan untuk mencari melalui peranti wayarles. Google juga mula berfikir secara global, dengan pengenalan versi bahasa pertama kami 10 untuk pengguna yang lebih suka untuk mencari dengan bahasa ibunda mereka.

Kami menyayangi anda, pengguna Google! Ciri-ciri dan prestasi Google menarik pengguna baru pada kadar yang mengagumkan. Rayuan yang luas carian Google menjadi jelas apabila tapak yang telah dianugerahkan Anugerah Webby dan Anugerah Suara Rakyat bagi pencapaian teknikal Mei 2000. Sergey dan Larry lima perkataan

Carian Google, Gmail, Dokumen Google dan semua perkhidmatan Google yang lain yang dimiliki oleh syarikat yang dipanggil Google Inc. Ia adalah sebuah syarikat dengan stok, anda boleh membeli sebahagian daripada Google Inc.

SUMBER

GILA !! Aaron Aziz Palsu Jual IPad




PETALING JAYA: “Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” kata pelakon, Aaron Aziz, selepas mendapati ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun facebook yang menggunakan namanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia juga merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka.

Menurutnya, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya. - SUMBER

Penderma Sperma Percuma Di AS Disiasat


Penderma Sperma Percuma Di AS Di Siasat

WASHINGTON – Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.

Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkata, dia menderma sperma atas dasar muhibbah kepada pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Lelaki berusia 36 tahun itu menjadi perhatian Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) pada 2009 selepas dia mendakwa di laman webnya bahawa spermanya telah membawa kepada lebih 14 kelahiran.

Arsenault juga tidak mempedulikan surat amaran FDA yang mahu dia menghentikan kegiatan tersebut.

“Saya mahu terus aktif kerana saya banyak menerima e-mel daripada pasangan tiada anak yang meminta sperma saya.

“Cerita mereka sama, mereka tidak mampu menggunakan khidmat bank sperma kerana bayarannya terlalu tinggi,” kata lelaki itu.

Orang ramai yang membeli sperma daripada bank sperma berdaftar biasanya dikenakan bayaran di antara AS$200 (RM608) hingga AS$675 (RM2,052) untuk satu dos sperma.

Laman web peribadi Arsenault, trentdonor.org menyatakan dia berambut perang, bermata coklat dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat di Lembah Silikon, California.

Mengulas berhubung isu tersebut, FDA dalam satu kenyataan kepada agensi berita AFP memberitahu, penderma sperma perlu terdahulu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan penyakit berjangkit. – AFP

Wednesday, 14 March 2012

GILA !! LELAKI INI MENGUNAKAN DUIT PALSU YANG DILUKISNYA SENDIRI SELAMA 15 TAHUN




Sejak abad ke 19 orang sudah pandai membuat wang kertas palsu dengan mesin cetak kecil, tapi Emanuel Ninger lebih suka membuatnya hanya dengan pena dan dakwat. Hasilnya memang cuma satu sampai dua lembar seminggu, tetapi kualitinya istimewa. Imigran dari Jerman ke Amerika Syarikat ini bertahan hidup selama 15 tahun dengan menggunakan keahliannnya itu.


Emanuel Ninger tinggal bersama isteri dan anaknya di pedesaan New Jersey. Ia dan isterinya tiba di Amerika pada tahun 1882 dari Jerman dan tinggal di Hoboken, New Jersey. Dia bekerja sebagai pelukis tanda (sign painter) dan kemudian membeli sebuah peternakan di Westfield, New Jersey. Dia mengatakan kepada tetangganya bahawa ia menerima pencen dari tentara Prusia. Pada tanggal 12 Oktober 1892 ia pindah ke Flagtown, New Jersey.

Setiap bulan ia memalsukan wang kertas dollar Amerika pecahan $50 setidaknya satu atau paling sebanyak enam lembar, seluruhnya ia kerjakan dengan mata  dan menggunakan pena, pensil, serta berus dengan dakwat berwarna. Ninger melukis wang palsunya pada kertas Bond yang dibelinya dari Crane & Company, di Dalton, Massachusetts. Kemudian kertas-kertas tersebut ia potong sesuai ukuran yang sama  dengan pecahan $ 50 dan $ 100 Amerika Syarikat, kemudian potongan kertas itu direndam dalam larutan kopi , dan selanjutnya ditempatkan diatas wang kertas asli untuk menciplak gambar yang dihasilkan.

Gambar wang yang asli


Gambar wang yang dibuat Ninger


Setelah wang palsu karyanya itu jadi dia akan membawanya ke New York. Biasanya wang tersebut ia gunakan untuk membeli minuman keras atau membelanjakannya di salon. Selama lima belas tahun ia berhasil lolos dengan itu.

Wang palsu hasil ciptaan Emanuel Ninger ini mampu membuat dia bertahan hidup kerana kalau diukur present value of money berdasarkan nilai wang sekarang adalah di sekitar $ 2000 atau $ 4000 dolar di hari ini.

Seperti kata pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat pasti akan jatuh juga. Ia ditangkap oleh Agen Rahsia Negara Amerika Syarikat pada tahun 1896 atas laporan seorang bartender yang menyedari bahawa dakwat untuk pewarnaan wang itu tidak asli, kerana Ninger dengan tidak sengaja meletakan wang tersebut pada genangan kecil air di mejanya sehingga dakwat-nya luntur.

Pada awalnya orang agen rahsia tidak percaya Ninger adalah pemalsu, kerana profilnya sebagai seorang petani tidak sesuai dengan profil pemalsu. Bahkan setelah dia mengaku, mereka terus menolak untuk percaya.



Akhirnya Ninger di tahan enam bulan, dan membayar ganti rugi sebesar $ 1. Bahkan Rumornya bahawa wang $ 1 yang dipakai untuk membayar denda tersebut adalah salah satu karyanya sendiri

Ninger menjadi selebriti kecil untuk waktu.Surat kahbar sesekali menulis tentang "pena dan pemalsu tinta" mereka menjuluki Emanuel Ninger sebagai "Jim Penman itu" seperti karakter yang dimainkan di Broadway. Bahkan Bartender memberi bingkai pada bill tagihan Ninger dan menggantungnya pada dinding Bar mereka.

Setelah menjalani hukumannya Ninger dikhabarkan menghilang dan diperkirakan tidak lagi “berkarya”, akan tetapi diakui bahwa komunit seni menginginkan dia untuk bertahan dan berharap lebih banyak wang palsu hasil karya nya untuk ditemukan Tapi hal tersebut Tidak pernah ada.

SUMBER

GILA !! masuk penjara kerana gunakan tandas presiden




Seorang polis Zimbabwe ditahan gara-gara menggunakan toilet peribadi Presiden Robert Mugabe (87). Sarjan Alois Mabhunu, nama polis  tersebut, terpaksa duduk di penjara selamat tiga minggu.

Kejadian ini bermula ketika Mabhunu bertugas di sebuah acara pameran perdagangan Bulawayo pada 7 Mei. Sebuah toilet disiapkan khusus untuk Mugabe yang hadir dalam acara tersebut. Beberapa penjaga pun ditempatkan untuk menjaga toilet jika sang presiden tiba-tiba saja sakit perut saat acara berlangsung.

Tapi, Mabhunu yang saat itu sakit perut. Dia langsung bergegas ke toilet kelas pertama yang tidak lain adalah toilet khusus Mugabe. Petugas sudah mengusir Mabhunu, tapi entah bagaimana dia akhirnya boleh menemukan jalan untuk melepas hajatnya di toilet sang presiden.

Petugas, yang melihat Mabhunu masuk ke toilet Presiden, tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mabhunu menguncinya dari dalam. Mabhunu akhirnya berhasil melepas hajat. Tapi setelah selesai, Mabhunu langsung ditangkap ketika keluar dari toilet Mugabe.

Juru cakap polis, Mandlenkosi Moyo, menolak untuk memberi komen. Dia menyatakan masalah Mabhunu merupakan masalah dalaman polis..

Robert Mugabe memerintah Zimbabwe sejak dia membantu negara Afrika itu memerdekakan diri dari Inggris pada 1980. Dalam sejarah rejim despotik, polis dan keamanan digunakan sebagai alat politik untuk mengancam para rival politiknya.

Mugabe berkuasa selama 31 tahun dengan menerapkan gaya kekuasaan ala Uni Soviet. Dia menempatkan satu skuadron besar polis rahsia dan tentara untuk menjaganya ke mana pun dia pergi.

Mengomentari soal kes toilet Mugabe, pengacara hak asasi manusia Beatrice Mtetwa mempertanyakan dakwaan yang dijatuhkan kepada Mabhunu. ”Harus ada hukum yang menyebutkan toilet itu toilet presiden. Toilet itu berada di tempat umum sehingga siapa pun berhak memakainya,” tandasnya.

SUMBER

Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri


Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri

KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi untuk membantu golongan artis berubah menjadi insiden memalukan apabila dirinya dimaki oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu bersarapan di sebuah kedai.

Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laporan media sebelum ini.

"Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.

"Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut. Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).

"Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti," katanya.

Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Zed menegaskan tidak hairan dengan gertakan yang ditujukan terhadap dirinya itu. Namun, jauh disudut hatinya terdetik rasa malu kerana perkara tersebut, berlaku di hadapan isterinya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.

"Saya tidak hairan dengan apa yang terjadi. Saya sudah lali dengan kutukan sebegini kerana saya tahu sebagai artis tidak semua orang senang dengan gerak-geri kita. Sejujurnya, sebaik saja diberikan amanah untuk menjawat jawatan ini, saya sudah tanam pada diri saya bahawa kemungkinan yang bakal saya lalui.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Inilah asam garam yang perlu saya lalui sebagai pejuang nasib anak seni tempatan melalui persatuan. Sa­ya berani menanggungnya.

"Tiada masalah bagi saya untuk mereka gertak sebegitu asalkan dia tidak sentuh saya atau memukul saya. Kalau mereka sentuh saya, mungkin perkara lain akan terjadi. Namun, saya kurang selesa kerana ianya berlaku dihadapan isteri saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak mahu perkara lain berbangkit.

"Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.

"Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran berkenaan juga buat tidak tahu saja," ujarnya.

Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.

1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.

2. Insurans untuk golongan artis.

3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...