affiliate marketing the artificial life observer: GEMPAR !! AARON AZIZ KINI BERGELAR DEEJAY RADIO

Friday, 9 March 2012

GEMPAR !! AARON AZIZ KINI BERGELAR DEEJAY RADIO




AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis yang lain seperti Aznil Nawawi, Salleh Yaakob, Nabil, Johan Raja Lawak dan Zahid AF yang menjadi penyampai radio, sebaliknya hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.

Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.

Enggan menolak peluang keemasan yang diberi di depan mata, Aaron mengakui teruja dengan tawaran tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan menjawab sebaik mungkin terhadap segala masalah yang diutarakan pendengar radio.

"Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam.

"Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Sepetang Bersama Tiga Artis Naungan Astro iaitu Aaron Aziz, Johan dan Zizan Raja Lawak di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Menerima tawaran sebagai Artis Naungan Astro, bapa kepada dua cahaya mata itu mempunyai alasan tersendiri tentang kesudiannya kembali 'ditambat' sedangkan kerjayanya dilihat sudah cemerlang tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

"Sebelum ini, ketika saya menandatangani kontrak Wajah Eksklusif Astro memang saya hanya boleh tampil di dalam saluran Astro sahaja tetapi, menerusi pembabitan sebagai Artis Naungan Astro, saya bebas untuk menerima semua tawaran daripada stesen-stesen lain. Isteri saya juga masih boleh menguruskan kerjaya saya.

"Tidak hanya terhad pada dua perkara itu sahaja, Astro juga mengatur segala jadual lakonan saya malah memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan slot radio sendiri, menjadi penerbit juga mempromosikan single terbaharu saya bersama Sleeq," tuturnya yang kini menceburi bidang muzik pula.

Projek pertama Aaron yang disusun Astro apabila dia bakal beraksi menerusi drama 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn. Bhd. diikuti beberapa projek seperti drama, filem, muzik video dan juga duta produk.

Dalam diam-diam juga, Aaron rupa-rupanya mencipta sebuah lagu mengenai diri dan keluarganya. Malah, Aaron juga akan muncul dengan duet lagu ciptaannya yang berjudul Salam Semua bersama artis naungannya iaitu kumpulan Sleeq.


AARON bakal muncul dengan duet bersama kumpulan Sleeq menerusi lagu berjudul Salam Semua.

Mengaku pada mulanya kurang yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, namun atas sokongan isteri, Aaron akhirnya bersetuju menyanyikan lagu tersebut.

"Saya memang tak yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, tapi saya juga tidak mahu menyerahkan lagu itu kepada orang lain sebab ia adalah mengenai keluarga saya. Saya yang lebih tahu dan boleh menjiwai lagu tersebut," dedah Aaron yang merancang untuk mengeluarkan lagu tersebut pada bulan ini.


Sayang anak-anak

Isteri Aaron, Diana yang setia di sisinya turut ditebak soalan mengenai Aaron. Bercerita tentang sikap Aaron, Diana mengakui Aaron seorang bapa yang sangat penyayang.

"Dia memang tak boleh berpisah terlalu lama dengan anak-anak. Pernah sekali ketika penggambaran di London, penggambaran sudah masuk empat hari. Dia telefon saya minta beli tiket dan datang ke London dengan anak-anak kerana terlampau rindu. Kalau ikutkan hati memang saya mahu sahaja tetapi bila fikir duit yang akan dibelanjakan boleh tukar semua perabot di rumah dengan masa penggambaran yang hanya tinggal untuk beberapa hari sahaja, saya minta dia bersabar," ujarnya dengan sedikit ketawa.

Diajukan pula soalan mengenai lakonan romantis Aaron di samping ramai pelakon wanita, tanpa berselindung Diana mengakui ada merasa sedikit cemburu namun menganggap ia sudah menjadi kerjaya suaminya.

Dedah Diana, cemburu dia bagaimanapun tidak melebihi seperti anak lelakinya, Danish Anaqi, 8, dan anak perempuannya, Dwi Arinna, 6.

"Danish pernah cakap, Daddy ambil cerita aksi sahaja, jangan ambil cerita cinta'. Sebaliknya Dwi lebih kepada perasaan dia. Bila dia tengok ayah dia berlakon mesra dengan orang lain dia akan cemburu," ujarnya sambil ketawa. Pasangan bahagia ini turut mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Dahlia Arissa, 2.



Tubuh yayasan

DARI kiri: Kerjaya Johan, Aaron dan Zizan kini diuruskan oleh pihak Astro.

Mungkin ada peminat yang masih belum mengenali sisi sebenar Aaron. Sejak umurnya setahun, dia sudah kehilangan bapa yang kembali ke rahmatullah.

Atas dasar kepayahan yang dilalui sejak daripada kecil dan rezeki yang semakin mencurah kini, Aaron mengambil keputusan menubuhkan yayasan sendiri.

"Hati saya sentiasa terusik setiap kali melihat anak-anak yatim. Saya faham betapa sukarnya hidup mereka tanpa kasih sayang ibu bapa. Saya pernah melaluinya apabila membesar tanpa kasih sayang seorang bapa, tapi mujur saya masih mempunyai ibu dan dialah menjadi pelindung saya.

"Disebabkan itu, saya bercadang menubuhkan sebuah yayasan untuk membela nasib anak-anak terbiar. Jangan disalah tafsir niat saya, ia bukan bertujuan mencari publisiti tetapi saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab sosial serta berasakan mereka layak menerima kehidupan yang sempurna," ujarnya mengenai hasratnya itu sambil mengharapkan ada pihak yang sudi membantunya melaksanakan hasratnya itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...