Zuckerberg menunggang kerbau sambil diperhatikan pengawal. |
Pemilik laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg gembira menikmati percutiannya di Hanoi, Vietnam, bersama teman wanitanya.
Pengasas rangkaian sosial selain jutawan termuda membelanjakan duitnya pada hari Boxing Day dengan melawat sebuah kampung di pergunungan dengan menaiki seekor kerbau.
Mark Zuckerberg mula melancong di negara Asia bersama teman wanitanya, Priscilla Chan, dan beberapa orang rakannya, mereka mendarat di Hanoi pada 22 Disember lalu.
Rangkaian akses Facebook di Vietnam, sebahagian besar telah dihalang dan ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berasa sedikit bengang.
Menurut jurucakap bagi Zuckerberg, lawatan itu adalah semata-mata peribadi sahaja, dan ada sumber mendakwa Zuckerberg telah memperkenalkan Facebook di Vietnam.
INFO LANJUT DI >SUMBER
No comments:
Post a Comment