affiliate marketing the artificial life observer: COOL !! 6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit

Thursday, 1 March 2012

COOL !! 6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit





Cendawan- Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman semulajadi untuk penghasilan vitamin D yang berfungsi sebagai nutrisi penting untuk menyerap kalsium. Seseorang yang kekurangan vitamin D pada kebiasaannya akan memiliki lebih banyak lemak terutamanya pada bahagian perut.

Pisang- Kandungan kadar kalium yang tinggi dalam buah pisang membantu untuk membuang lebihan berat air yang berada di dalam tubuh anda. Apabila tubuh anda mempunyai terlalu banyak natrium, secara semulajadi ia akan menyimpan air sebanyak yang boleh di dalam tubuh. Jadi, dengan menggantikan kalium, ia akan memerah keluar air tambahan. Sumber lain untuk anda mendapatkan kalium termasuk betik, kentang dan limau.

Teh hijau- Ia mengandungi sebatian yang mampu meningkatkan tahap metabolisme seseorang, untuk memudahkan proses pembakaran lemak. Penyelidik di Switzerland mendapati bahawa peminum teh dapat membakar 226 kalori setiap hari berbanding orang yang tidak meminumnya. Malangnya, 1 cawan saja belum cukup, sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan antara 4-5 cawan setiap hari untuk melihat hasilnya.

Telur- Ianya mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi, penting untuk proses penghancuran lemak. Selain itu juga, ia turut mengandungi protein yang akan membuatkan anda berasa kenyang. Ini akan membantu terhadap diet pemakanan anda.

Peanut butter- Kandungan niacin yang berada didalamnya akan menjaga saluran sistem pencernaan dengan baik. Tetapi, ia juga mengandungi banyak lemak. Jangan sesekali mengambilnya lebih daripada 2 sudu pada setiap hari.

Kacang/Almonds- Hasil kajian di Purdue Universiti menunjukkan seseorang yang memakan kacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang memakan nasi. Ini dapat membantu untuk anda menghadkan jumlah pengambilam makanan yang anda ambil setiap hari.

info lanjut di >SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...