affiliate marketing the artificial life observer: Tandatangan Paling Mahal Di Dunia

Thursday 23 February 2012

Tandatangan Paling Mahal Di Dunia

Tandatangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya untuk urusan bank, jual beli, insurans, pekerjaan, dan lain-lain. Setiap orang memiliki tandatangan tertentu yang kadang kala ada membawa maksud tertentu atau pun tandatangan yang tidak mempunyai sebarang maksud.
Tapi tahukah anda, tandatangan juga memiliki nilai tertentu yang boleh dinilai dengan wang ringgit? mari kita tengok antara 5 tandatangan yang paling mahal di dunia..

1. Tandatangan William Shakespeare

Tandatangan William Shakespeare yang asli dikatakan hanya ada 6 di muka bumi ini dan dikatakan tandatangan yang termahal di dunia iaitu dianggarkan $5juta iaitu RM 15 Juta bagi duit Malaysia setiap satu.

2. Tandatangan Bekas Presiden AS Abraham Lincoln

Tandatangan bekas presiden AS ini yang di ambil di atas satu surat dikatakan pernah dilelong sehingga mencecah $ 748,000 iaitu sebanyak RM 2, 244, 000 pada tahun 1991.. wow kat atas surat pun boleh dilelong..memang hebatt

3. Tandatangan John Lennon

Tandatangan ahli kumpulan The Beatles ini iaitu John Lennon dikatakan tandatangan yang terakhir beliau di atas salinan albumnya yang terakhir pada tahun 2003 sebelum mati dibunuh. Nilai tandatangan ini dikatakan mencecah $ 525,000 iaitu sebanyak RM 1, 575000.

4. Tandatangan Jimmy Page

Tandatangan lagenda gitaris Jimmy Page pernah mencecah $49,000 iaitu sebanyak RM 275, 000 di suatu jualan lelong. Tandatangan ini ditandatangani di sebuah gitar.

5. Tandatangan Jimmy Hendrix

Tandatangan pemain gitar paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock ini telah mengejutkan dunia apabila meninggal pada usia 27 tahun. Walaubagaimanapun, tandatangannya di atas sebuah kertas memiliki harga £ 41,000 iaitu sebanyak RM 230,000.
P/s: pehh memang mahal tandatangan diorang..agak2 kat Malaysia ni siapa punya tandatangan paling mahal??

 info lanjut di >SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...