affiliate marketing the artificial life observer: GILA!! Tunjuk 'Anu' Sebagai Modal Pikat Wanita

Thursday, 23 February 2012

GILA!! Tunjuk 'Anu' Sebagai Modal Pikat Wanita


Gambar Sekadar Hiasan


IPOH: Wanita terutama kalangan ibu tunggal dinasihatkan berwaspada daripada menjadi pemuas nafsu seorang lelaki ‘kasanova’ yang sanggup melakukan apa saja helah bagi memerangkap mangsa termasuk menghantar gambar ‘anunya’ kepada wanita terbabit.

Perbuatan tidak bermoral dan jijik yang didakwa dilakukan seorang anggota beruniform yang bertugas di ibu negara itu dibongkar seorang wanita yang nyaris menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Temberang lelaki bermulut manis berusia 30-an berasal dari sebuah negeri di pantai timur itu terbongkar apabila terjerat dalam perangkap dibuatnya sendiri.

Semuanya gara-gara wanita buruan paling dikehendaki lelaki kasanova itu menghidu setiap helah termasuk keteguhan imannya melawan gelora nafsu selama hampir lapan tahun sejak bercerai pada 2003 biarpun diumpan bukan satu tetapi tiga gambar ‘anu’ dalam posisi berbeza dihantar melalui lelaki terbabit melalui SMS.

Ia berikutan populariti wanita berusia awal 40-an itu apabila mendapat beberapa gelaran seperti janda gebu, montok dan seksi menyebabkannya lali dengan gangguan lelaki hidung belang yang kebanyakannya hanya mahukan seks dan hartanya.

“Saya percaya ramai wanita terutama janda yang menjadi mangsa lelaki yang mendakwa anggota polis dari Bahagian Risikan Jenayah, Bukit Aman dan saya rasa dia tidak berbohong berdasarkan cara percakapan dan pengetahuannya dalam bidang undang-undang.

“Justeru, selain mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa lelaki itu, saya tampil mendedahkan perkara ini bagi memastikan maruah dan imej pihak berkuasa itu terus terbela daripada dicemari tindak tanduk lelaki seperti ‘Mohd Izham’ jika memang benar dia anggota polis,” kata wanita berkenaan.

Selepas beberapa kali gagal dan tertangguh, wartawan Harian Metro semalam menemui wanita terbabit yang kini dalam proses mengumpul maklumat dan bukti terhadap kegiatan lelaki berkenaan.

Namun demi menjaga maruah dan reputasi diri yang dikenali antara usahawan wanita berjaya di utara tanah air selain Kuala Lumpur dan Selangor, mangsa hanya mahu dikenali Siti (bukan nama sebenar).

Usaha mengatur pertemuan itu dibuat susulan maklumat diperoleh wartawan daripada sumber boleh dipercayai mengenai kegiatan seorang lelaki menjerat janda di negeri utara tanah air terutama Perak dan Kedah bagi mengikis harta mangsa selain menjadi pemuas nafsu.

Biarpun difahamkan sudah ramai wanita menjadi mangsa, namun lelaki terbabit masih meneruskan kegiatan jahatnya menjerat golongan ibu tunggal berikutan keengganan mangsa membuat laporan polis kerana mahu mengelak aib dan mahu merahsiakan daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan.

Namun jerat ayat cinta dan umpan terbaik lelaki berkenaan iaitu mengirim gambar ‘anunya’ akhirnya memakan diri apabila membawa kepada pembongkaran identiti sebenar serta kegiatan tidak bermoral kasanova berkenaan.

Ibarat pertembungan ‘buku bertemu ruas’, di sebalik tarikan fizikal janda berasal dari Kedah itu, lelaki miang terbabit tidak tahu selain menjalankan perniagaan, mangsa juga seorang peguam.

“Saya sudah biasa melayan kerenah lelaki termasuk yang boleh dikategorikan sebagai ‘gersang melampau’. Biasanya mereka akan menghubungi atau menghantar SMS menyatakan minat berkenalan dengan saya.

“Disebabkan sibuk dan tahu niat buruk mereka, saya akan menjawab atau membalas SMS memberitahu secara elok status diri belum bersedia untuk kembali berpasangan,” katanya.

Namun, berbeza dengan lelaki lain, menurut Siti, ‘Mohd Izham’ itu tidak berputus asa apabila terus menghubungi dan menghantar SMS bertanyakan khabar biarpun tidak dipedulikan.

Berbanding kebiasaan wanita dipermainkan dengan ditaburkan pelbagai janji, ayat manis, belaian kasih sayang melalui panggilan atau SMS, kini giliran kasanova berkenaan menjadi ‘tikus’ selepas Siti mengambil keputusan melayan kerenahnya bagi memastikan sama ada lelaki yang dikatakan mensasarkan golongan ibu tunggal di utara tanah air itu sebagai pemuas nafsu sejak awal tahun ini.

“Selepas berhubungan melalui telefon bimbit selama hampir tujuh bulan, lelaki ini akhirnya menunjukkan ‘rupa’ sebenarnya pada 29 September lalu apabila mula berbual mengenai seks dan nikmat melakukannya seminggu sebelum itu.

“Mungkin geram apabila tindakan itu masih gagal ‘menewaskan’ saya bagi memenuhi permintaannya supaya kami bertemu, dia akhirnya mengirimkan tiga keping gambar alat sulitnya dengan kali terakhir diterima pada 29 September lalu,” katanya.

Tindakan itu meyakinkan Siti bahawa lelaki terbabit adalah kasanova sama yang diperkatakan dan mendorongnya melakukan siasatan bagi mengenal pasti identiti sebenarnya.

Hasil pemeriksaan terhadap nombor telefon bimbit digunakan lelaki terbabit mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki. Kasanova itu yang mengetahui temberang pecah sejurus Siti menghantar SMS nama berkenaan kepadanya, terus tidak lagi berhubungan dengannya.

“Saya meminta wanita terutama ibu tunggal yang pernah menjadi mangsa lelaki itu tampil membuat laporan polis atau mendapatkan bantuan mana-mana pihak berkaitan bagi membela nasib mereka seterusnya mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa.

“Saya menasihatkan wanita khasnya ibu tunggal yang tiba-tiba didekati lelaki yang tidak diketahui latar belakang dan hanya memperkenalkan diri sebagai anggota polis supaya berhati-hati bagi mengelak terjerat,” katanya

info lanjut di >SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...