Sunday, 26 February 2012
Cara Paling Mudah Melajukan PC Komputer
Walaupun banyak teknik untuk melajukan CPU atau laptop kita, namun ini adalah salah satu cara yang paling penting untuk diaplikasikan.
Buat maintenance PC anda
PC di rumah saya tu dah mula slow. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu2 lah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat.
Defragment (Defrag) Hard disk
1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter
2. Klik C: drive
3. Tekan butang “Defragment”
NOTA – Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment”
AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe .Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya
Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak ). Kalau anda malas (macam saya ) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe
P/s- Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dan lain-lain. Ada khabar-kahabar angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar-khabar angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin-rajinkan lah diri anda.
info lanjut di >SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment