affiliate marketing the artificial life observer: February 2012

Wednesday, 29 February 2012

COOL !! Cara Mudah Untuk Membakar Kalori

Kalori?? Hapee tu? Haa. Kalori ni macam tenaga yang terdapat dalam makanan yang korang lahap tu. Contohnya dalam nasi ada 4 kilokalori tenaga. Jadi anda perlu lakukan sesuatu untuk membolehkan kalori dalam nasi yang anda lahap tu terbakar dan jangan biarkan nasi tersebut menjadi lemak yang tak perlu dalam badan kita. Jangan biarin dong.

Tapi macam mana kita nak bakar kalori tu?

Haa. Senang je. Meh saya nak share tips sikit dengan korang meh.

1. Bila pergi ke pusat beli dan belah, park lah kereta anda-anda semua jauh dari pintu masuk.

Kalau pergi pusat beli dan belah, semua orang berebut-rebut nak park kereta kalau boleh betul-betul depan pintu masuk kan? Senang sikit. Jalan pun tak banyakkan? Turun-turun kereta, terus boleh hidu bau pusat beli dan belah. Tak yah jalan jauh-jauh. Apa kata kita ubah sikit persepsi dan tabiat kita. Lepas ni kalau nak park kereta, kita park kereta kita tu jauh sikit dari pintu masuk. Turun kereta, kita jalan-jalan sikit baru hidu bau pusat beli dan belah. Boleh? Boleh?Bila kita jalan, kalori dah terbakar dah tau. Haa. Mudah bukan? Hiks. :)

2. Naik tangga instead of naik lif.

 

Cakap pasal lif ni pun, orang berebut-rebut nak naik kan? Sampai"kau tolak aku, aku tolak kau". Punya lah nak sangat naik lif tu. Kang kalau lambat kang, lif berbunyik tik tik tik tanda overload. Kang tak pasal-pasal kena tunggu lif yang lain. Haa.. Daripada tunggu lif yang lain, apa kata kita rajinkan sikit diri kita jalan cari tangga dan panjat tangga tu selow-selow. Selow-selow pun tak per, janji sampai tempat yang hendak dituju. Biar lambat asal selamat. Hiks. Naik tangga ni bagus tau tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Selain dari dapat bakar kalori dalam badan kita, ia juga dapat menguatkan otot-otot kaki kita. Tak der lah otot kaki kita lembik dengan lemak je kan? Biar kaki kita mampat dengan otot. Baru umphh!! Hiks. Kepada sesiapa yang duduk apartmen tu, rajin-rajinkan diri selalu panjat tangga dari naik lif ye. :)

3. Berjalan instead of naik moto atau kereta

 

Berjalan sambil nyanyi-nyanyi ulalalalala syiok kan? Haa. Kalau ibuk-ibuk atau bapak-bapak suruh kita pergi ke kedai, apa kata kita jalan kaki. Jangan naik moto. Jangan naik kete. Kita jalan kaki. Jimat dah duit minyak di situ. Sambil jalan, sambil nyanyi. Tapi nyanyi selow-selow sudah lah ye. Nanti orang cakap kita otak tak centre plak dok nyanyi kuat-kuat. Hiks.

4. Lakukan senaman

 

Senaman merupakan cara yang paling bagus dan berkesan sekali untuk bakar kalori. Hanya dengan melakukan senamantiga kali seminggu. Satu sesi senaman selama tigaploh minit, Insyaallah badan kita akan sihat dan dapat bentuk badan yang ideal. Insyaallah. Kalau kita melakukan senaman betul-betul tigaploh minit atau lebih, kita akan dapat lihat kesannya dengan lebih awal. Sebabnya, lemak-lemak dalam badan kita akan terbakar jika kita melakukan aktiviti dalam masa tigaploh minit atau lebih. Tapi janganlah pulak lepas senaman sejam, hengkau gi telan ayam panggang sekoq. Pemakanan juga penting. Dok penat-penat senaman, hengkau gi tibai je makanan banyak-banyak. Jangan jangan jangan. Makan secara sihat jugak ye. :)

Doctor saya cakap makan pil atau ubat untuk langsing ni tak bagus sebab ubat tu reduce air dalam badan kita bukan lemak atau bakar kalori dalam badan kita. Dia cakap cara yang paling berkesan untuk kekal langsing dan sihat adalah dengan melakukan SENAMAN. Pasal ubat untuk langsing atau kurus tu, doktor saya cakap. Bukan saya yang cakap ye. Saya cuma nak share dengan korang-korang semua je. Jangan nanti ada orang bom saya sudah. Hiks. :)

P/s : Tak semua orang rajin atau suka lakukan senaman. Begitu juga dengan saya. Tapi untuk menyihatkan tubuh badan, kena lah jugak lakukan senaman slow-slow. Bila dah selalu bersenam, anda akan jatuh cinta dengan senaman itu. Percayalah. Hehe :)

info lanjut di >SUMBER

GILA !! Cikgu tertayang cerita lucah

( INI ADALAH ENTRY MENGANJING DAN PERLI?)

 

Cuba bayangkan cikgu ni nak wat power point presentation. Tiba2 komputer sekolah rosak. Lepas tu dia gunala komputer sendiri. Menggunakan projektor dia dengan kantoinya menayangkan filem lucah.

 

Mujurla dia sempat dia padamkan..tapi terlambat dah sebab anak murid dia dah tengok sikit. Akibatnya.. dia dipanggil oleh Pejabat Pendidikan Wales dan kemungkinan digantung kerja.. Itulah nasib malang james cooney 35 tahun

info lanjut di >SUMBER

GEMPAR !! Adam AF Kini Salah Seorang Pengamal Perubatan Islam Di Klinik Ashraf Muslim?




Kalau di’ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini Hann ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di’miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam semalam berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di’kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin’kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin.

info lanjut di >SUMBER

AKHIRNYA !!Pelukis kartun hina Nabi Muhammad S.A.W terima pembalasan


Pelukis kartun hina Nabi Muhammad S.A.W terima pembalasan



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

TOLONG SHARE SEKIRANYA ANDA SAYANG NABI MUHAMMAD S.A.W.



info lanjut di >SUMBER

COOL GILA !! Ferrari dijadikan kereta polis dipamerkan


SEBUAH kereta Ferrari milik polis Colombia dipamerkan di sebuah pusat komersial di Bogota


BOGOTA, Colombia - Sebuah kereta Ferrari yang dijadikan sebuah kereta polis selepas ia dirampas daripada seorang penyeludup dadah, Hernando Gomez dipamerkan kelmarin.

Kereta Ferrari 348 model 1991 itu kini berwarna hijau dan putih berbanding warna asalnya merah.

Kenderaan tersebut yang juga mempunyai logo polis dipamerkan kepada orang ramai di sebuah pusat komersial di sini.

Kereta itu dirampas daripada Gomez pada satu operasi polis yang dilakukan pada 2004.

Ferrari itu mempunyai enjin 300 kuasa kuda V8 dan mempunyai kelajuan 275.2 kilometer sejam.

Dalam operasi itu, barang-barang yang bernilai £60 juta (RM289.12 juta), termasuk ladang, rumah dan hasil seni turut dirampas.

Gomez telah diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan penggubahan wang haram dan dadah

info lanjut di >SUMBER

COOL !! MESSI PON MENYOKONG FREE PALESTINE



Hebat bukan?tadi Hann merayau kat facebook.jumpa benda ni.nak tahu lagi tentang messi..boleh like facebook messi kat SINI

info lanjut di >SUMBER

GILA !! DIVORCE HOTEL, HOTEL UNTUK PASANGAN YANG BERCERAI!

 

Dah bercerai, buat apa sewa hotel lagi??? kan??saje je dorang nak mengambil keuntungan…hotel ini di bina mengambil konsep perceraian untuk pasangan yang tak mau lagi mempertahankan perkahwinan mereka. Di Divorce Hotel, pasangan itu dapat menguruskan dokumen perceraian secara cepat, hanya dalam dua hari.

Untuk membantu proses perceraian, menurut pengurus hotel ini,Halfens tidak hanya menyediakan bilik untuk menginap. Dia memberikan jururunding untuk membantu perbincangan hak asuh anak, pembahagian aset, serta yg berkaitan. “Kalau ingin bilik asing, Divorce Hotel bersedia menyediakannya,”



Drs. (Jim) J.W.A. Halfens
General Manager



Setelah proses dokumen perceraian selesai, pasangan cerai hanya perlu berjumpa hakim untuk memperlihatkan isi perjanjian itu. Untuk proses dengan hakim, pasangan cerai hanya memerlukan waktu beberapa minggu. “Layanan ini dibuat untuk membantu pasangan cerai agar terhindar dari sengketa perceraian yang pahit dan teruk,” ujar Halfens.Hotel ini terletak di Belanda dan sedang membina rangkaian di negara maju yg lain.



info lanjut di >SUMBER

COOL !!Fakta Menarik Tentang Youtube




Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun tahu menonton kartun kegemaran mereka di youtube. Pengguna dapat menonton, memuat naik video dan berkongsi video mereka sendiri secara percuma di laman web ini.

Di bawah ini terdapat info atau fakta yang mungkin tidak diketahui orang ramai tentang youtube. Meh baca..
1. Youtube dibangunkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang jejaka yang juga pemilik PayPal,iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pusat operasi Youtube hanya terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.

3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego.Sampai ketika ini video tersebut masih lagi dapat disaksikan di youtube.

4. Youtube mula melancarkan laman web itu dalam versi Beta pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005

5. Pada bulan julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan mencatatkan sebanyak 65000 video baru di upload ke Youtube setiap harinya, dengan 100 juta views per hari.

6. Semua video di youtube berformat flash video iaitu .flv

7. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah company mirip youtube iaitu www.utube.com.Pemilik laman web itu, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan saman terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan kebanyakan orang lebih suka kepada youtube berbanding utube.

8. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube yang dianggarkan bernilai 165 milion US Dolar.

9. Pada tahun 2007 Youtube telah mengupgrade Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000

10.Bulan jun 2008,majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube selama tahun 2008 dianggarkan mencapai 200 juta US Dolar.

11.Tahun 2008, Youtube mendapat penghargaan dari George Foster Peabody Award.

12.Sehingga hari ini,Youtube masih lagi menjadi laman web online Video paling popular di Amerika syarikat, bahkan mungkin dunia dengan menguasai 43 peratus pasaran.

13.Mengikut info,dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minitnya dengan 6 milion views per hari.

info lanjut di >SUMBER

Tasha Manshahar Gadis You Tube Terbaru!




KUALA LUMPUR : Sekarang ini sudah seperti menjadi ikutan apabila ramai di kalangan individu yang muncul di laman You Tube menyiarkan bakat mereka sebelum diangkat menjadi artis yang membolehkan mereka berkarya di pentas seni negara.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, ramai yang gembira mencuba bakat dengan mencipta lagu dan lirik, dirakam sendiri seterusnya di muat naik ke laman You Tube untuk menjadi tontonan umum.
Dari kemunculan Yuna, seterusnya Diandra Al-Junaidi dan Najwa Latif, semuanya dilihat sebagai artis perempuan yang mampu dan berpotensi untuk pergi jauh dalam mengembangkan bakat nyanyian mereka.

Terbaru, Tasha Manshahar, seorang gadis biasa menjadi fenomena apabila nama dan kumpulannya, Clora Studio menjadi bualan hangat di kalangan penulis-penulis blog yang amat meminati seni muzik.

Selain itu, lagu nyanyian Tasha, ‘Be Mine’ bergandingan bersama dengan ahli-ahli Clora Studio mencipta rekod apabila mendapat jumlah tontonan lebih dari 40,000 penonton dalam masa hanya empat hari!

Suatu rekod yang sukar dipercayai, namun kelunakan dan kelembutan suara Tasha dalam menyanyikan lagu tersebut berjaya memikat hati pendengar-pendengar setia gadis manis itu.

Di laman sosial Facebook milik Tasha dan Clora Studio, mereka adalah gabungan tiga elemen yang bergabung dari tiga kumpulan berasingan iaitu vokalis terdiri daripada Syed Shamim dan Tasha Manshahar, bahagian muzik diketuai oleh Aizat serta video oleh Ximited Production.

Mungkin masih belum lagi terbuka untuk berada bersama-sama artis lain yang sudah terkenal, Clora Studio menyatakan mereka lahir ke dalam industri seni kerana minat dan ingin berkongsi dengan semua pihak melalui kebolehan bakat yang mereka ada.

Penyanyi ayu bagi lagu ‘Be Mine’, ‘Hati Ini’, ‘Put The Blame On Me’, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bakal bergelar seorang guru.

Selain itu, mereka juga mempunyai laman sosial mereka sendiri di Facebook iaitu Clora Studia dan Tasha Manshahar (Clora Studio).

Bukan itu sahaja, Tasha juga mempunyai blog hasil penulisannya sendiri iaitu, ‘Little Letters To Myself’ yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada dirinya serta para pembaca.

Bagi yang tidak percaya dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam diri Tasha serta Clora Studio, anda bolehlah mendengar lagu-lagu mereka yang banyak terdapat di laman You Tube kini.

Semoga bakat dan kebolehan dalam mengembangkan minat mereka itu mendapat sokongan oleh peminat-peminat di luar sana dan menutup persepsi negatif masyarakat bahawa gadis You Tube itu hanyalah ingin meraih populariti semata-mata serta mengejar cita-cita sebagai penyanyi melalui jalan yang singkat.

info lanjut di >SUMBER

SUBHANALLAH !! Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui




ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

info lanjut di >SUMBER

Tuesday, 28 February 2012

DATUK RAIS YATIM ARAH KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN




PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.

Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.


Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPPM) Khairul Faizi Ahmad Kamil (kanan)  


Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPPM) Khairul Faizi Ahmad Kamil (kanan) menyerahkan memorandum bagi membangkang konsert penyanyi Erykah Badu kepada Setiausaha Kanan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Abdul Rauf Puteh di Kuala Lumpur, Selasa.
Malah Pemuda PAS turut menyerahkan memorandum kepada Rais bagi mendesak pembatalan konsert penyanyi itu di negara ini.

Desakan itu dibuat bagi mengelakkan kesan lebih buruk ke atas rakyat negara ini, memandangkan penampilan penyanyi itu yang penuh dengan kontroversi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kuala Lumpur, pada pukul 11.15 pagi Selasa.

Dalam perkembangan sama The Star menerusi portal dalam taliannya pada Isnin memohon maaf kepada pembaca dan seluruh umat Islam kerana kesilapan menyiarkan gambar tersebut.

info lanjut di >SUMBER

Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat




Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.


 


Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.


 


Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan ,kaki,dada ,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki.Ketika ini banyak otot dan sendi yang digerakkan tanpa di rancang.





Setelah itu,kita akan bangun semula dari sujud.Duduk di antara dua sujud dan sujud kembali.Selepas itu kita akan berdiri kembali.Dalam pergerakkan badan ketika itu,secara automatik kita telah mengerakkan sejumlah besar otot-otot di dada,bahu,lengan perut,punggung,paha ,kaki bahagian bawah dan sebagainya.

Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara tidak sedar itu ,ianya membantu seseorang untuk memastikan kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di tengah panas.Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.

info lanjut di >SUMBER

Sunday, 26 February 2012

KELAKAR HABIS !! Video troll yang terbaik !


Video troll ni memang kelakar gila.. hehe.Sila share selepas menonton video ini.



U MAD BRO? hehe
info lanjut di >SUMBER

Khasiat-khasiat madu yang wajib diketahui !!


http://cahayacinta.com/wp-content/uploads/2010/06/madu.jpg

* Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.

* Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.

* Boleh menghentikan kesakitan sendi.

* Baik untuk sistem pernafasan.

* Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.

* Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.

* Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.

* Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.

* Menjana pertumbuhan otak.

* Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.

* Digunakan sebagai ubat sakit perut.

* Menghilangkan kahak

* Memutih dan menguatkan gigi.

info lanjut di >SUMBER

GEMPAR !! AARON AZIZ MENYANYI BUAT KORANG CAIR


korang nak denga suara Aaron Aziz menyanyi?asyik tengok dia berlakon,mesti nak tengok dia nyanyi kan.jom layan :)



amacam?apa komen korang ?

Jangan Kahwini Perempuan Yang Ada Sifat Ini


Wanita


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

info lanjut di >SUMBER

GEMPAR !! ORANG ASLI MENANG KERETA MERCEDES




TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.. TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU

Seorang orang asli telah memenangi kereta mewah berjenama Mercedes. Itulah hakikat sebenar apabila Sapiah Aping, 45 yang merupakan orang asli dari suku kaum Semaling dari Bera, Pahang memenangi hadiah kereta Mercedes -Benz E200 CGI. Hadiah itu dimenanginya hasil daripada simpanan wang dalam Sijil Simpanan Premium(SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional(BSN).

“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.

info lanjut di >SUMBER

[LELAKI WAJIB TAHU] 10 Perkara Yang Wanita Inginkan




Wanita memang makhluk yang sukar diramal dan kadang-kala sering membingungkan lelaki. Tetapi sebenarnya wanita tidaklah serumit dan semisteri yang anda anggap, asalkan kita mengetahui apa sebenarnya yang mereka inginkan.


Berdasarkan pungutan suara yang dilakukan oleh Yourtango, mereka telah menyenaraikan 10 perkara mudah yang benar-benar wanita inginkan dan mungkin mewakili kebanyakan makhluk hawa tersebut.


1. Penghargaan
Siapa kata lelaki sahaja yang perlu dihargai? Wanita pun inginkan pendapatnya, kerjaya, hobi, teman, tubuh dan fikirannya dihargai. Jika anda tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan atau diucapkannya, cubalah menghargainya dan berfikir positif bahawa pendapatnya merupakan sumbangan yang sangat bererti bagi anda, berbanding daripada menentangnya dengan terlalu keras atau memarahinya.


2. Seks
Tentu sahaja wanita mahukan seks sebagaimana halnya lelaki. Tetapi yang perlu diingat, seks yang diinginkan wanita bukan hanya sekadar ‘seks’. Hanya berikan sentuhan fizikal yang kecil seperti urutan di bahu, kaki atau kepala pun merupakan salah satu bentuk seks yang menyentuh hati bagi wanita.


3. Romantik
Suasana romantik boleh dicipta di mana sahaja, tidak perlu dengan makan malam atau menonton filem romantik di pawagam. Nyalakan beberapa lilin di rumah anda dan buatlah si dia seperti seorang kekasih yang benar-benar anda idamkan, bahkan jika sudah menjadi isteri sekalipun.


Semua perkara yang membuat anda jatuh cinta terhadapnya dahulu tidak perlu berhenti apabila anda sudah berkahwin dan mempunyai tugas lain seperti membersihkan rumah dan menguruskan anak. Memberi hadiah atau memberikan bunga pada pasangan tanpa sebab merupakan satu idea romantik yang patut dicuba.


4. Waktu
Mengucapkan kata-kata cinta memang boleh melalui bunga, tetapi menggunakan masa terluang untuk bersama dan melayan wanita dengan menjadikannya sesuatu perkara utama jauh lebih mewakili rasa cinta berbanding memberikan hadiah atau apa-apa barang sekali pun.


Antara contoh lain termasuk lah membantunya menyelesaikan kerja-kerja rumah sekiranya dia telah menjadi isteri anda. Jika anda tiba terlebih dulu di rumah dari pejabat, tidak salah pun jika anda membersihkan rumah dan memberi kejutan yang menggembirakan untuk isteri.


5. Makan Malam
Bagi seorang isteri yang sibuk bekerja dari pagi hingga ke petang, menyiapkan makan malam mungkin merupakan satu beban yang membuatkannya malas memasak di dapur.


Walaupun anda tidak pandai memasak, tapi menyambutnya dengan menu masakan anda di dapur, pasti akan membuatkannya gembira, kerana dia pasti akan berpendapat bahawa anda sanggup berusaha dan sangat memahami dirinya.


6. Komunikasi
Wanita adalah makhluk yang senang untuk berbicara. Mereka tahu anda mencintainya, tapi mendengar terus dari mulut anda pasti akan betul-betul membahagiakannya. Hanya beritahu kepadanya jika dia kelihatan cantik dan sangat seksi. Cara sebegini pasti akan membuatkan perasaan mereka sangat gembira.


Ketika wanita disebut seksi, dia pun akan berfikir dan berkelakuan seksi, walaupun sebelum ini dia tidaklah seksi sekalipun. Katakan bahawa masakannya sedap dan lazat. Ucapkan terima kasih kerana telah menghantar anak-anak ke sekolah atau mencuci bilik mandi. Biarkan dia tahu bahawa anda melihat usahanya dan berterima kasih kepadanya.


7. Konsisten
Maksud konsisten ini bukan bererti anda harus menjadi seseorang yang membosankan dan mudah dibaca. Maksudnya adalah dengan cuba dan berusahalah memberinya sokongan dan cinta secara konsisten dan dengan tenaga yang tidak habis-habis agar dia merasa selesa.


8. Tekad Yang Kuat
Mempunyai tekad yang kuat bererti anda harus bersedia memperjuangkan apa sahaja demi pasangan anda. Caranya adalah anda tidak lah perlu melakukan perkara-perkara besar, cubalah memperhatikan hal-hal kecil seperti memberi perhatian ketika berbicara dengannya.


9. Humor dan Rasa Malu
Dua sifat ini saling berkaitan, ertinya mempunyai rasa humor harus terhad dengan rasa malu. Wanita memang senang mempunyai pasangan yang lucu dan suka berjenaka. Tetapi mereka tidak mahu pasangannya membuat perkara yang memalukan di depan umum.


10. Cabaran
Wanita yang rasa bermotivasi dan mendapat kejutan daripada pasangan mengakui merasa hidupnya lebih bahagia. Berdasarkan hasil Poling, wanita lebih bahagia ketika mendapat dorongan daripada pasangan untuk mencapai setiap tujuan hidupnya, kerana dia akan merasa seolah diberi semangat untuk mencapai tujuan tersebut.


info lanjut di >SUMBER

[FAKTA] 5 SIKAP WANITA YANG TAK DISUKAI LELAKI




Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita  yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..

Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.



Tidak pandai menjaga kebersihan- Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

Postur tubuh yang bongkok- Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.


Wanita yang mudah dipikat- Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.

info lanjut di >SUMBER

4 Sebab Wanita Menggemari Lelaki Yang Lebih Berusia




Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia bukan? Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?

(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.

(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali mereka.

(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.

(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.


info lanjut di >SUMBER

GEMPAR !! PM Terima Pingat Anugerah Imam Khalifah Agong Gayong(SILAT GAYONG)


alt

GURUN, 25 Feb. -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima anugerah Imam Khalifah Agong Gayong oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Anugerah itu yang membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Simanjakani Chula Sakti disampaikan oleh Yang Dipertua pertubuhan itu Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa.

Pada majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Kriss Modenas di sini, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama.

P/s :dia dapat anugerah sebb pandai bersilat ke?hehe

info lanjut di >SUMBER

GILA !! kereta terbakar akibat tersalah jumper













info lanjut di >SUMBER

Cara Paling Mudah Melajukan PC Komputer


Walaupun banyak teknik untuk melajukan CPU atau laptop kita, namun ini adalah salah satu cara yang paling penting untuk diaplikasikan.

Buat maintenance PC anda

PC di rumah saya tu dah mula slow. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu2 lah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat.

Defragment (Defrag) Hard disk

1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter



2. Klik C: drive

3. Tekan butang “Defragment”

NOTA – Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment”

AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe .Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya

Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak  ). Kalau anda malas (macam saya  ) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe

P/s- Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dan lain-lain. Ada khabar-kahabar angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar-khabar angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin-rajinkan lah diri anda.

info lanjut di >SUMBER

Awas! Bahaya WiFi Percuma Di Tempat Awam!




Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang menyediakan kemudahan internet atau wifi secara percuma terutamanya di kolej, kedai-kedai makan, pusat membeli belah dan sebagainya. Tapi tahukah anda online di tempat terbuka sebenarnya berisiko tinggi untuk di hack?

Ya betul, online di tempat terbuka memang memudahkan akaun anda di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah Rampasan Sesi atau Session Hijacking dengan menggunakan Firesheep iaitu add on yang di buat untuk browser Mozilla Firefox.

Dengan teknik ini, pengodam dengan mudah dapat mencuri cookies iaitu data lengkap tentang akaun seseorang yang terdapat dalam komputer/ laptop pemangsa. Ianya memang mudah bagi yang pakar.. ekeke, apabila dapat cookies atau data ni, pengodam hanya terus masuk ke akaun pemangsa tanpa perlu log in, bahaya bukan? bagaimana dengan urusan perbankan? memang bahaya.


Jadi antara tips-tips yang boleh diberi:-

1. Jangan log masuk atau online dekat wifi yang pelik- pelik di kawasan perumahan yang tidak diketahui datang dari mana.

2. Kalau dah selesai urusan di internet, cepat-cepat log keluar dan clear history dan cookies.

3. Jangan log in di mana – mana laman web yang tidak mempunyai https dalam url laman web nya. (Dikatakan laman web yang menggunakan https lebih selamat daripada rampasan sesi Session Hijacking.

4. Nak selamat, jangan buat urusan perbankan seperti maybank2u, cimb click di tempat awam dan di cyber cafe juga..


p/s: macam-macam cara atau teknik sekarang ni, hati-hati yer

info lanjut di >SUMBER

Bahaya bekam tidak bersih !!





Berbekam itu bagus kerana itu sunnah yg ditunjukkan nabi,malangnya zaman sekarang 
pengamal bekam yg tidak mengikuti sunnah yang tidak mementingkan kebersihan dan keselamatan pesakit.jom kita ikuti berita ini




KOTA BHARU 17 Jan. – Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.


Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar.
“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.




“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.


Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut.


“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.
Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun.


“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya


info lanjut di >SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...