affiliate marketing the artificial life observer: 2012

Saturday, 7 July 2012

Sejarah Asal Usul Adidas


Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di kawasan cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana tingginya kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya bisnes kecil-kecilan tersebut mula membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan “Dassler Brothers OGH” .

Sejarah Asal Usul Adidas


Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengilang kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Sukan Olimpik. Puncak kegemilangan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan menggunakankasut buatan Dassler.

Sejarah Asal Usul Adidas


Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut ‘Puma’ sedangkan Adi membuat jenama ‘Adidas.’ Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama belakang Dassler iaitu ‘das’ sehingga menjadi kata ‘Adidas’. Sekadar informasi bahawa nama asli dari Adi Dassler adalah Adolf Dassler, tapi orang Jerman sering memanggil nama Adolf sebagai Adi.

Sejarah Asal Usul Adidas


Disokong oleh kemajuan bidang penyiaran dan pertelevisian, adidas menikmati keuntungan dari acara sukan seperti Sukan Olimpik atau bola sepak, kerana logo 3 stripes mereka mudah dikenali dari jauh. Ia pun mendafarkan logo 3 stripes sebagai trademark dari adidas. 3 stripes yang diciptakan agar kaki stabil, namun akhirnya menjadi logo.



Penggunaan logo Adidas sendiri baru dipergunakan pada sekitar tahun 1948, pada ketikat dua bersaudara Dassler tersebut berpisah. Secara visual, logo Adidas hanya berupa huruf Adidas, dengan nama Adolf Dassler diatasnya serta ilustrasi kasut ditengahnya. Dengan jenama ini, kasut buatan Adi Dassler mencapai tahap kegemilangannya, dengan diakuinya jenama kasut Adidas pada acara sukan dunia seperti Sukan Olimpik Helsinki, Melbourne, Roma dan lainnya. Serta waktu itu pasukan bola sepak Jerman menjadi juara dunia dengan menggunakan kasut Adidas.

Sejarah Asal Usul Adidas


Pada tahun 1972, logo Adidas mengalami perubahan iaitu dengan menggunakan konsep ‘Trefoil Logo’, iaitu logo dengan visual tiga daun terangkai. Konsep tiga daun ini memiliki makna simbolisasi dari semangat Sukan Olimpik yang menghubungkan 3 benua. Sejak waktu itulah Adidas menjadi kasut rasmi yang dipergunakan pada acara Sukan Olimpik seluruh dunia.



Akhirnya setelah bertahun-tahun berjaya dan mengalami liku-liku perkembangan usaha, pada tahun 1996, Adidas mengalami modernisasi dengan menerapkan konsep ‘We knew then – we know now’ yang menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan hingga kini. Adapun logo baru yang digunakan secara visual berupa tiga angka condong yang membentuk tanjakan yang menggambarkan kekuatan, daya tahan serta masa depan. Sejak waktu itu logo Adidas tidak pernah mengalami perubahan, serta masih berjaya hingga sekarang.

P/s : .adolf hitler dan adi dassler orang berlainan ye..jangan salah faham,sila google untuk info selanjutnya.hehe

INFO LANJUT DI > SUMBER

Lelaki wajib tahu : 9 punca masalah kemandulan


Mengikut kajian terdapat beberapa kes kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan selain juga tidak menpunyai sperma yang baik. Antara faktor punca yang mengundang  kemadulan ialah :

9 punca masalah kemandulan


1. Varicocele

Varicocele adalah masalah pembesar saluran vena yang melingkari saluran sperma iaitu saluran vas deferens. Akibat dari pembesaran saluran vena ini, suhu di dalam kerandut zakar akan meningkat dan ini akan menjejaskan penghasilan sperma.

2. Infeksi

Terdapat infeksi yang boleh menjejaskan penghasilan sperma atau menyebabkan berlakunya parut pada saluran vas deferens dan akan menjejaskan pergerakan sperma. Ini termasuk infeksi seperti penyakit bawaan seksual ( STD ) seperti Chlamydia dan Gonorrhea, Inflamasi pada kelenjar prostat ( Prostatitis ), Infeksi pada buah zakar akibat penyakit beguk ( Mumps )

3. Ejakulasi retrograde

Masalah ini adalah masalah air mani yang masuk ke dalam pundi kencing semasa ejakulasi dan tidak keluar ke hadapan. Terdapat pelbagai masalah yang menyebabkan ejakulasi retrograde seperti kencing manis, multiple sclerosis, kecederaan pada sarap spina pembedahan pada kelenjar prostat dan pundi kencing manis.

4. Tidak dapat mengalami ejakulasi

Ini tidak berlaku apabila seseorang itu mengasilkan sperma yang cukup tetapi tidak boleh memancutkanair mani. Ia berlaku di dalam masalah kecederaan saraf spina.


5.  Antibodi yang boleh memusnahkan sperma
Terdapat penghasilan antibodi terhadap sperma dimana sistem imuniti badan tidak dapat mengenal sperma sendiri dan menghasilkan antibodi untuk memusnahkan sperma tersebut. Ini berlaku pada lelaki yang menjalani proses vasektomi dan juga lelaki yang pernah mengalami kecederaan pada buah zakar.

6. Kanser

Sesetengah kanser terutama yang melibatkan organ reproduksi seperti kanser buah zakar/testis boleh menjejaskan penghasilan sperma. Rawatan untuk kanser seperti kemoterapi juga boleh menjejaskan penghasilan sperma.

7. Masalah buah zakar tidak turun

Pada sesetengah lelaki, semasa di peringkat janin lagi akan ada masalah iaitu satu atau kedua-dua buah zakar tidak turun kedalam kerandut zakar.

8. Ketidakseimbangan hormone

Masalah Infertliti boleh berpuncadari masalah didalam testis itu sendiri atau tidak normal melibatkan kelenjar lain didalam otak yang terlibat dalam penghasilan hormon testosteron seperti kelenjar pituitary.

9. Masalah hubungan seks

Ini termasuk masalah mati pucuk, ejukulasi pramatang kesakitan semasa hubungan seks atau masalah psikologi yang boleh secara tidak langsung menyebabkan kemandulan.

INFO LANJUT DI > SUMBER

FAKTA : Bahaya Duduk Atas Dompet

Bahaya Duduk Atas Dompet


Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Bahaya Duduk Atas Dompet


Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

INFO LANJUT DI > SUMBER

Monday, 18 June 2012

COOL :Kini Facebook membuka tawaran pekerjaan



Hello everyone,aku baru je perasan benda ni,tapi tak tahu la kalau korang da tahu lame saje nak cite,kalau korang nak tahu senang je.tengok bawah sekali kat facebook,korang akan jumpa benda neh


banyak untung woo keje dengan facebook,sebelum aku tunjuk apa kelebihannya,jom kita tengok dulu apa kerja yang ditawarkan



erm,kebanyakannya berkaitan komputer dan programming,untung la dorang da ramai pekerja facebook jadi jutawan,,tak caya baca entri aku sebelum ni kat SINI,,tapi keje jadi lap tingkap ke tukang sapu taktau la boleh tak apply.ngehehe.gurau tu.

Okay sekarang kita tengok pulak kelebihan keje kat tempat awesome ni,korang mesti terkejut,tak pernah lagi aku dengar ada syarikat yang akan berikan infrastruktur yang awesome dan serba serbi lengkap camni


awesome tak?

KELEBIHAN BEKERJA DI FACEBOOK
  1. Dapat 4 bulan cuti GAJI JALAN,yuran tadika serta 4ribu dollar bila dapat kelahiran baru
  2. makanan PERCUMA dan SNEK UNLIMITED
  3. Kesihatan 100% dibiyai oleh facebook.bukan klinik gigi je dia tanggung,isteri nak bersalin pon free
  4. 21 hari cuti GAJI JALAN
  5. makan pagi,petang,malam adalah PERCUMA dan disajikan oleh CHEF yang berkelulusan
  6. ada tempat rehat seperti fitness dan kerja santai

so macamne?korang ada tak boss sebaik ini?hehe..gurau je.bijak betul mark zuckerberg buat network sampai kaya camni.huh.aku buat entri ni pon macam nak tercungap2.hehe..untuk info lanjut,korang lawat je kat website ni >>  https://www.facebook.com/careers

INFO LANJUT DI > SUMBER

Tips Untuk Meningkatkan Jumlah Sperma

Tips Untuk Meningkatkan Jumlah Sperma

Asid Amino
Pastikan tubuh mendapat khasiat asid amino secukupnya.  Ia diyakini untuk meningkatkan cairan ejakulasi jika diambil secara teratur.  Antara asid amino itu termasuk : L-Arginine, L-Lysine dan L-Carnitine

Zink
Ia memang telah terbukti meningkatkan jumlah produksi sperma dan kemampuannya untuk bergerak spontan.  Jika diiringi dengan pengambilan asid amino, ia mampu meningkatkan jumlah sperma secara signifikan.

Senaman Kegel
Senaman Kegel membantu anda untuk 'tahan lama' ketika hubungan intim.  Selain itu, latihan ini juga membantu meningkatkan jumlah sperma.  Dikatakan latihan Kegel dapat membantu penis menegang.

Biji labu
Meski biji ini langsung tidak meningkatkan jumlah sperma, namun ia dipercayai menambah kesihatan prostat dan penghasilan testosteron.

INFO LANJUT DI > SUMBER

Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan


Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan




JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.



MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!



TABIAT BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

sumber

Sejarah penciptaan straw


Straw merupakan satu benda yang aku rasa digunakan setiap hari. Ia membantu proses untuk kita minum air dengan konsep yang mudah melawan graviti. Idea inilah di inspirasikan oleh Marvin c. stone.

Sejarah penciptaan.

Pada suatu hari Marvin, yang pada mulanya dia sebelum nie pun mengusahakan pembuatan dalam kertas pemegang rokok, telah mendapat ilham untuk paten bagi satu proses baru untuk membuat penyedut minuman. Beliau menggulungkan kertas bersalut parafin pada sebatang pensel lalu melekatkan hujungnya.

Sejarah penciptaan straw


Menggunakan rumput rai.

So, menggunakan daun inilah untuk menghirup air, dengan daun kertas ini membuat jerami prototaipnya oleh jalur-jalur berbelok-belok kertas sekitar sebatang pensel dan merekatkan ia bersama. Dia kemudian cuba dengan parafin bersalut kertas manila, jadi berjerami tidak akan menjadi basah manakala seseorang telah mencuba untuk minum.

Marvin Stone telah  memutuskan jerami ideal ialah 8 1/2 inci panjang dengan satu diameter hanya cukup luas menghalang benda-benda seperti benih-benih lemon dari ditempatkan dalam tiub.

Sejak Marvin Stone mengusahakan penyedut minuman, ia telah bertambah baik malah lebih. Kini, straw yang ada pun bukan kertas lagi, iaitu menggunakan bahan lain iaitu plastik, dan terdapat sekurang-kurangnya 11 jenis-jenis berbeza. Ini termasuk berjerami bendy, berjerami gula-gula , dan mengaut berjerami.

Permintaan terus bertambah.

Produk telah dipatenkan pada Januari ketiga, 1888. Menjelang 1890, iaitu dalam masa dua tahun, produksi straw ini telah mengatasi jumlah pengeluaran pemegang rokok. Penghasilan straw dibuat dengan tangan sehingga tahun 1906, apabila syarikat Stone telah mencipta sebuah mesin untuk melakukan kerja tersebut.

Pelbagai jenis straw.

Hari ini, kesan dari innovasi  ini, banyak jenis-jenis straw di keluarkan baik dari segi design, warna dan juga saiz yang besar untuk kepuasan yang maksimum.


Pelbagai jenis straw ada digunakan hari ini, dari jenis yang kecil, sehingga yang besar, berpusing-pusing dan sebagainya. Banyak jenis sudah dikomersialkan oleh beberapa syarikat.

Kegunaannya hari ini.

Bukan sahaja untuk minum sahaja hari ini, malah? Digunakan sebagai artistik yang boleh menjana pendapatan sampingan iaitu dengan membuat bunga straw. Hiasan-hiasan yang berbentuk kraftangan.

straw


Kraftangan/bunga straw.

Ia merupakan satu innovasi yang betul-betul menjana pendapatan, yang mana menggunakan bunga berasaskan straw dilihat kos yang murah, dan warna nya boleh bertahan lama.

Sejarah penciptaan straw


Origami.

Origami pula sesuai untuk kanak-kanak yang berminat untuk membuat sesuatu yang kreatif, tak kiralah jadi apa-apa, mereka mempunyai daya imaginasi yang sangat mengagumkan.

sumber

Keburukan Makan Hati Ayam




Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.
sumber

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Seperti yang kita tahu Ebay merupakan pasar online dunia, sebuah laman tempat bagi pembeli dan penjual berhimpun dan berdagang apa saja. eBay dilancarkan pada tahun 1995. eBay bermula sebagai tempat untuk berdagang barang koleksi dan barang yang sukar ditemui. Sejak itu, eBay telah berkembang menjadi platform tempat kita boleh mencari segala sesuatu, dari telefon, DVD, pakaian, barang-barang koleksi hingga kereta dan rumah.tidak perlu lagi ke kedai untuk mencari barang baik yang rare ataupun yang biasa ditemui

Dengan senarai barang sebanyak lebih dari 103,6 juta di seluruh dunia dan penambahan senarai barang sebanyak 6.1 juta yang dilakukan setiap hari, eBay menawarkan peluang yang tidak terhingga bagi semua orang untuk membeli dan menjual di seluruh dunia. Namun ternyata selain barang keperluan sehari-hari, eBay juga menawarkan barang-barang yang terbilang aneh dan langka untuk ditemui. Berikut ini adalah 7 (tujuh) benda atau barang-barang aneh yang dijual di eBay:

1. Peluru berpandu Nuklear Dijual di eBay 


7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


eBay mempunyai beberapa hal aneh yang dijual, tapi kali ini yang aneh adalah rudalnuclear 1 silo dijual disini. Terletak di Central Washington Larsen Air Force Base, tempat ini mempunyai 57 hektar di atas tanah dan mempunyai daerah besar yang terdiri dari 16 bangunan dan ribuan kaki yang disambungkan ke terowong bawah tanah. Kini tawaran itu sampai $ 1.5 juta. Wow!

2. Negara Belgium Dijual di eBay 



Negara Belgium nmerupakan salah satu negara yang pernah menjadi salah satu benda yang dijual di eBay. namun pada akhirnya negara tersebut tidak jadi di jual setelah tawaran mencapai 10 juta Euro ($ 14 juta). Belgium eBay Pengurus PR, Merica Burin, mengatakan, 'Itu adalah salah satu sejarah yang benar-benar menyenangkan yang dibuat oleh Belgium. Orang ini, dengan cara yang sangat lucu, mengingatkan Belgium adalah negara besar kerana dijual dan merupakan salah satu hal yang memalukan. '

3. Berlian Dari Rambut Beethoven Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Diamond Beethoven diperbuat dari karbon yang diperoleh daripada beberapa helai rambut Beethoven. Ini adalah salah satu dari tiga berlian yang diciptakan, tetapi juga satu-satunya yang akan ditawarkan untuk umum dengan harga satu juta dolar.

4. Villa Mewah colani Dijual di eBay 



Dikenali sebagai Villa colani kerana terinspirasi oleh pereka legenda bernamaLuigi colani. Sebuah kawasan mewah di Pulau Majorca yang selesai dibuat pada tahun 2009.
Lebih dari 1230 kaki persegi diperbuat dari emas 24 karat. Emas ditimbang £ 60 dan biayanya pada waktu itu lebih dari $ 1 juta, digunakan di kolam renang dan rumah. Pintu colani eksklusif, serta pintu dengan lima pintu masuk lain, semua dihiasi dengan kristal Swarovski asli artistik inset ke dalam panel, sehingga mereka berkilau baik dari luar dan dalam rumah. Villa colani di dijual dengan harga $ 28.000.000

5. Isteri Yang Dijual Oleh Suaminya di eBay 



Dalam usaha agar dirinya boleh keluar dari kesulitan kewangan, ada orang yang hidup di Brazil memutuskan untuk menjual isterinya. Dia menulis iklan dan dipostingdi laman web popular, menawarkan isterinya untuk harga anggaran sebanyak $ 55. Perlu waktu cukup lama, namun kerajaan akhirnya mengetahui iklan tersebut dan akan memerintahkan agar iklan tersebut dihapuskan dari website eBay.

6. Arahan 340 Tahun William Shakespeare Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Arahan copy 340 tahun dari Pericles William Shakespeare, Prince Of Tirus telah dijual di eBay pada tahun 2003 dengan harga £ 5m. Naskah ini adalah satu daripada beberapa salinan yang selamat dalam kebakaran besar di London pada tahun 1666.

7. Kapal Pesiaran Dijual di eBay



Barang paling mahal yang di jual di eBay adalah kapal pesiar yang dilelong olehFort. Lauderdale (FL). Direka oleh arkitek Frank angkatan laut Mulder dari Mulder Design. Kapal pesiar ini ditawarkan untuk lelongan eBay pada 3 November 2006 dengan harga awal sebanyak $ 85 juta. Beberapa ciri luar biasa dari kapal pesiar ini meliputi: 16.000 NM, garasi helikopter, dan empat belas suiteVIP multi-level dengan panorama views.

INFO LANJUT DI > SUMBER

Pakar analisis pelaburan meramalkan Facebook akan lenyap dalam 8 tahun ?


Facebook


KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku.

Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun.

Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru.

Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap.

“Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000″ Kata Jackson.

Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi – ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih.

Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu.

Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi – laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih.

“Apabila meneliti ketiga-tiga generasi ini, tidak kira betapa berjayanya anda di dalam satu generasi, nampaknya anda tidak akan mampu melakukannya dalam generasi seterusnya, tak kiralah berapa banyak wang anda di dalam bank, tak kira berapa banyak bijak pandai yang memiliki PhD bekerja untuk anda” tambah Jackson lagi.

“Lihat betapa susahnya Google untuk berganjak kepada laman sosial, dan saya fikir Facebook akan menghadapi kesukaran yang sama untuk berganjak kepada applikasi mudah alih” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, “Dunia bergerak semakin pantas, semakin banyak pesaing, tidak akan berkurangan, dan saya fikir mereka yang dominan sewaktu generasi awal tentu akan menghadapi kesukaran pada generasi seterusnya”

sumber

P/s :SEKIRANYA lenyap pun facebook.sekurang2nya mark zuckerberg dah dapat banyak benefit,dia billionair,pekerja dia pon da ramai jutawan.dah ada duit boleh build up network baru,dengan instagram dia lagi..aset dia bukan juta2 weh,BILLION..nak buat syarikat baru pon takde hal.cume kena fikir jugak la share dia.kesian kat pelabur2..dia tak rugi apa..billion2 tu bukan bkurang..bukan guna duit peribadi yang 6.5billion tu. :P

Wednesday, 13 June 2012

Tembikai merupakan viagra semulajadi



VIAGRA


Seperti yang kita tahu,segolongan lelaki dari seluruh dunia mencari2 penawar diatas masalah KELELAKIAN yang dihadapi masing2,tidak perlu dihurai dengan lebih terperinci tetapi apa yang ingin diketengahkan adalah tembikai VS viagra,kepada para lelaki ini berita baik buat anda,tiada lagi pil yang merisaukan,hanya natural food.mari kita ikuti kupasan di bawah ini dari berita harian mengenai Tembikai :)

Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, di sini.

Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.

Sehingga penemuan itu, kebanyakan unsur citrulline dipercayai didapati pada bahagian kulit luar buah berkenaan yang tidak boleh dimakan.

"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil.

Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

Patil berharap penyelidik lain akan mula mengkaji secara terus kesan tembikai terhadap ketegangan zakar. Namun sesetengahnya agak ragu-ragu.

"Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar," kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk.

P/s :Yosh~agak lame blog tidak terupdate maaf,hehe..saya sarankan banyakkan pemakanan buah2an baik untuk semua organ bukan tempat2 tertentu je :P

INFO LANJUT DI > SUMBER

Friday, 8 June 2012

WOW Disneyland akan dibina di Ipoh,Perak


Disneyland akan dibina di Ipoh


SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.


Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).


PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.

sumber

Uish Betul ke Zizan Nak jadi Pelumba Kereta Pulak ?


Zizan Rajalawak lumba kereta


KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar seorang pelumba kereta pacuan empat roda.

Zizan berkata, cita-cita tersebut sudah lama diimpikan kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan jika mempunyai masa terluang.

"Sebenarnya, selain lakonan, sukan permotoran merupakan antara minat saya sejak dahulu lagi dan menjadi pelumba kereta pacuan empat roda merupakan impian saya.

"Malah ketika saya tinggal di kampung dahulu di Terengganu, saya sering berlumba motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan.

"Harap-harap, saya dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini," katanya yang kini menjadi duta kepada produk aksesori kereta buatan Jepun, iaitu M7 dan Drive.

Selain itu, Zizan juga akan mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir untuk menjadi seorang pengarah filem satu hari nanti.

"Ya, macam-macam benda yang saya impikan dan inilah antara yang saya rancang untuk memperolehnya. Sekarang ini saya sedang mempelajari kerja-kerja di belakang tabir dan akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan.

"Selain itu, saya juga memiliki syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari," ujarnya.

Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan.

Zizan kini muncul di pawagam menerusi filem Jangan Pandang-Pandang.

sumber

P/s :untuk pengetahuan korang johan rajalawak sekarang dah pandai drift,hehe.aku tak tipu.hari minggu korang datang Speed City selangor turf club,KL .dia selalu dtg dengn bini dia.hehe.johan drift woo. :)

Jadual Perlawanan EURO 2012

Jadual Perlawanan EURO 2012

Hohoho,seperti yang kita tahu EURO 2012 bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik benua Eropah akan berentap dalam 4 kumpulan di Poland dan Ukraine bagi menjulang trofi dan dinobatkan sebagai juara untuk tahun 2012 ini.

so kat sini han sertakan sekali jadual perlawanan.hehe.enjoy,han minat belanda dengan england,korang?lol

Jadual Kumpulan A
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND

Jadual Kumpulan B
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun – 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
17 Jun – 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun – 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN

Jadual Kumpulan C
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND

Jadual Kumpulan D
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS


sumber

Monday, 4 June 2012

FUHH Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton




KUALA LUMPUR: Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan di Stadium Bola Sepak, Cheras di sini malam Ahad berjaya memukau kira-kira 8,000 penonton yang mahu mengimbas populariti lagu-lagu Allahyarham.

Ternyata, konsert anjuran Astro itu mampu mengubat kerinduan peminat terutamanya bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu beliau.

Dalam masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda termasuk para artis untuk mencontohi kehebatan Allahyarham.

Konsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah dan Osbon.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian para pelakon filem 'Hoore Hoore'.

Pengacara Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.

Turut disiarkan sedutan klip video Allahyarham yang pernah dirakamkan oleh RTM suatu ketika dahulu.

Antara lagu-lagu popular Allahyarham yang dipersembahkan ialah, Punch Card, Jauh Di Sudut Hati, Chow Kit Road dan Merisik Khabar.

Konsert Kenangan Sudirman buat pertama kali anjuran Astro ini adalah sempena kempen 'Aku Sudirman' bagi mengenang 20 tahun kematian Allahyarham serta kehebatan luar biasanya menghiburkan orang ramai secara percuma di Chow Kit suatu ketika dulu.

Akhbar The Star dan Harian Metro bertindak sebagai media rasmi.

sumber

Chef Wan Membuka Restoran Pertama Di Singapura




PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal membuka sebuah restoran di Singapura atas desakan rakan-rakan.

Chef Wan berkata, restoran tersebut yang diberi nama Chef Wan In Style bakal dibuka di Plaza Singapura, Orchard Road, September depan.

"Asalnya nak buka di Kuala Lumpur tetapi tidak jumpa lokasi yang sesuai serta menepati idea dan konsep yang ingin saya buat iaitu seperti sebuah bazar yang penuh dengan makanan.

"Apabila ada pihak di Singapura menawarkan saya sebuah premis yang besar iaitu kira-kira 14,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa, saya fikir ia adalah tempat sesuai untuk memulakan perniagaan.

"Lagi pun saya dah letih asyik kena desak oleh rakan-rakan dan peminat yang mahu saya membuka sebuah restoran dan akhirnya saya mengalah.

"Walaupun tidak tahu bagaimana ingin membahagikan masa di restoran itu nanti, tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan pelbagai makanan enak untuk mereka," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, makanan yang bakal disediakan nanti bukan hanya terhad kepada masakan Melayu semata-mata tetapi akan menghidangkan lebih 100 jenis masakan dari seluruh negara Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia sendiri telah menyusun menu-menu untuk restorannya dan akan mendapatkan chef terbaik dari seluruh Asia Tenggara.

Chef Wan berkata, selain menu yang sesuai pihaknya juga akan memastikan makanan yang disediakan adalah halal dan boleh dinikmati oleh semua golongan.

"Apa yang lebih penting ia makanan halal yang saya sajikan selain mampu menarik minat semua pengunjung dari seluruh dunia.

"Sekarang ini saya cuma pening untuk menyusun menu supaya tidak tertinggal apa-apa yang penting," katanya lagi.

Dalam pada itu, Chef Wan turut mengesahkan bahawa anak lelakinya iaitu Mohd Nadzri Redzuwan (Chef Riz) akan turut terlibat a menguruskan restoran itu nanti.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan pelanggan saya turut merancang untuk membuka sebuah cawangan lagi di Jakarta, Indonesia dan juga Malaysia," ujar beliau.

sumber

‘Chinese Zodiac’ Merupakan Filem Terakhir Jackie Chan




Jackie Chan telah mendedahkan bahawa dirinya akan bersara dari dunia entertain, dan ini merupakan filem perlawanan terakhirnya yang bertajuk Chinese Zodiac.

Chan yang sudah berusia 58 tahun menghabiskan masa 7 tahun untuk membawa Chinese Zodiac ini ke layar lebar. Filem yang Ia tulis, Ia pengeluaran, dan juga Ia sutradarai sendiri ini juga dibintangi oleh Kwone Sang Woo, Yao Xingtong, dan Liao Fan.

"Mereka berkata, 'Tidak, kau masih muda, kau masih boleh melakukannya', tapi aku harus berhenti pada suatu hari," kata Chan kepada The AP.

Bintang ini juga mengakui bahawa semua adegan pertarungan yang telah Ia lakukan dalam filem-filem sebelumnya juga telah mempengaruhi tubuhnya.

"Selama sepuluh tahun terakhir saya memilih menjadi pengarah untuk mengarahkan diri saya sendiri." Dirinya juga menjelaskan, "Saya berharap di filem ini, pada 20 tahun kemudian, orang masih mengingatinya. Terutama diriku, untuk penonton, untuk masa depan, kerana itu sejarah saya, itu sangat penting.


“Badan saya sudah penat, saya pun bukannya muda lagi. Saya sukakan aksi, tetapi saya tidak suka keganasan yang berlaku di sana sini sekarang. Selain itu, saya juga mahu menjadi pelakon sejati yang bukan hanya tahu membawakan watak aksi dan komedi.”

Chan sebelumnya berlakon dalam filem The Karate Kid dan Kung Fu Panda.

jom tengok sedikit sedutan trailer dari cerita chinese zodiac




Saturday, 2 June 2012

ALLAHUAKBAR !! KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’




Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.


Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.



Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – SUMBER

Zizan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 Dan Toyota Camry



KUALA LUMPUR – Seperti yang dijangka, pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super Spontan yang berlangsung sebentar tadi dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.

Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan turut menyediakan lima permainan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.

Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

Permainan kedua adalah permainan baru yang diperkenalkan untuk peringkat akhir ini,di gelar Sketsa Dari Topi Puaka. Hos Adibah Noor akan membacakan sketsa yang diambil dari topi yang disediakan dan para finalis harus beraksi dengan kreativiti sendiri tentang sketsa yang dibacakan itu.

Permainan ketiga pula ialah Pilihan Lain, juga sejenis permainan baru. Untuk permainan ini, para finalis akan bermain secara pasangan dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap finalis harus menyanyikan serangkap lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan.

Super Spontan peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).

Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah Adibah Noor.-sumber

Tuesday, 29 May 2012

Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?




JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

sumber

PERGH Tilam termahal RM90,500 seunit


Tilam termahal
DUA model Harvey Norman mencuba tilam mewah Sealy pada majlis pelancaran pesta tilam di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.

“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.

Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung -sumber

P/s :untuk apa la mahal gile.sekali tido boleh dapat tenaga giler2 ke.hehe.

Monday, 28 May 2012

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

sumber

Thursday, 24 May 2012

7 PANDUAN MEMBELI TILAM AGAR ANDA BANGUN DALAM KEADAAN SIHAT DAN SEGAR




Kajian yang dijalankan oleh IKEA Malaysia memang mengejutkan kerana didapati 35 peratus rakyat negara ini menukar kereta dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding 31 peratus sahaja yang menukar tilam bagi tempoh sama. Tilam yang lembut dan luas belum tentu dapat membuat anda tidur nyenyak hingga ke pagi.

Berikut tujuh panduan penting yang wajar diberi pertimbangan sebelum membeli tilam:

1. TIDUR YANG SELESA, tidur yang cukup dan selesa amat penting kepada kanak-kanak serta remaja. Pertumbuhan hormon berlaku sewaktu tidur, justeru itu tidur yang bermutu pada waktu malam mesti diberi keutamaan. Jangan ingat anak-anak masih kecil maka kita tidak perlu mendedahkan sangat soal peragaan tubuh mereka sedangkan hal itu sewajarnya dibentuk dengan sifat tubuh yang cantik.

2. BILANGAN GEGELUNG MENCUKUPI, jangan asyik mencari harga yang murah sehingga lupa mengenai bilangan gegelung di dalam tilam. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi. Harga tilam yang ditawarkan mugkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan terbaik untuk tubuh belum mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam kelamin dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah heat-tempered supaya tahan lebih lama.

3. KESELESAAN VS SOKONGAN, tidak perlu tilam sekeras papan untuk mendapatkan sokogan kepada tubuh. Tilam yang menyediakan asas yang baik akan menyokong tubuh anak anda secara lembut di semua bahagian supaya peragaan tubuh yang sama cantik sewaktu berdiri. Bawa anak bersama ketika membeli dan suruh dia baring di atas beberapa model tilam. Pilih tilam yang anak anda berasa paling selesa berbaring di atasnya.

4. ASAS SOKONGAN (box spring) TILAM, asas yang baik adalah penting untuk memberi sokongan dan keselesaan sempurna serta bertindak seperti satu penyerap kejutan yang besar. Menggandingkan tilam baru dengan asas (box spring) yang lama tidak akan memberi sebarang sokongan yang diperlukan.

5. ALAHAN, pastikan anda tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anak anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.

6. JAMINAN, jangan beli tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya untuk merosakkan produk, bukan akibat kehilangan keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan.

7. ALAS TILAM, guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi mewujudkan keselesaan.

Tilam yang elok dapat membantu mengurangkan pergerakan badan, kekejangan otot, sakit leher dan belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

sumber

COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion


LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google menghasilkan rangkaian telefon pintarnya sendiri.



SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.

Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.

Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.

Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.

Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.

Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.

Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI

Tuesday, 22 May 2012

GILA : Abang dibunuh,adik hampir dirogol !!




“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.

Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.

“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.

Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.

“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.

“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.

“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.

Petikan daripada HMetro menyatakan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.

sumber

SUAMI ROMANTIS SEMAKIN BERKURANG?? BETUL KE? JOM BACA NI




Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.

3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

4. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

5. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

6. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

7. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

8. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.

sumber

TAUGE DIKATAKAN MAMPU MENYUMBANG KEPADA KESUBURAN LELAKI DAN WANITA




Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya kurus melidi tetapi ianya kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tak percaya jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.

1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia.
- Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkanbibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.

3. Mencegah kerapuhan tulang.
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Terhindar daripada kanser payudara.
- Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.

5. Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA.
- Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.

6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.

sumber

Friday, 18 May 2012

Apa cerita ni ?? Shah Rukh bertengkar di stadium




MUMBAI - Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.

Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.

Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.

Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.

Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.

Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.

Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut.

"Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi Shah Rukh yang memulakan pertengkaran," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai, Nitin Dalal.

Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir.

"Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.

"Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat," katanya.

Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.

Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.

Sebelum ini, Shah Rukh diarah hadir ke sebuah mahkamah di Jaipur pada lewat bulan ini selepas dia merokok di sebuah stadium kriket.

Merokok tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang antimerokok di stadium.

Pada Januari lalu, dia turut berdepan dengan pergaduhan selepas seorang pengarah wanita mendakwa pelakon tersebut menyerang suaminya.

Shah Rukh merupakan pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...