affiliate marketing the artificial life observer: FUHH Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton

Monday 4 June 2012

FUHH Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton




KUALA LUMPUR: Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan di Stadium Bola Sepak, Cheras di sini malam Ahad berjaya memukau kira-kira 8,000 penonton yang mahu mengimbas populariti lagu-lagu Allahyarham.

Ternyata, konsert anjuran Astro itu mampu mengubat kerinduan peminat terutamanya bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu beliau.

Dalam masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda termasuk para artis untuk mencontohi kehebatan Allahyarham.

Konsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah dan Osbon.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian para pelakon filem 'Hoore Hoore'.

Pengacara Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.

Turut disiarkan sedutan klip video Allahyarham yang pernah dirakamkan oleh RTM suatu ketika dahulu.

Antara lagu-lagu popular Allahyarham yang dipersembahkan ialah, Punch Card, Jauh Di Sudut Hati, Chow Kit Road dan Merisik Khabar.

Konsert Kenangan Sudirman buat pertama kali anjuran Astro ini adalah sempena kempen 'Aku Sudirman' bagi mengenang 20 tahun kematian Allahyarham serta kehebatan luar biasanya menghiburkan orang ramai secara percuma di Chow Kit suatu ketika dulu.

Akhbar The Star dan Harian Metro bertindak sebagai media rasmi.

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...