affiliate marketing the artificial life observer: Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz

Saturday 5 May 2012

Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz


 PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan  Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mas kahwin adalah RM2,050.

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.

Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.-sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...