affiliate marketing the artificial life observer: Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar

Saturday, 12 May 2012

Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar


KUALA LUMPUR – Maxis Berhad (Maxis) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai RM3.16 juta kepada 22 pelajar tempatan sebagai komitmen syarikat komunikasi terhadap pendidikan dan pembangunan kepimpinan di negara ini baru-baru ini.

Maxis melalui satu kenyataan media memberitahu, anugerah itu telah disampaikan kepada pelajar terbabit oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu majlis.

“Penerima anugerah tersebut terdiri daripada tujuh penerima ijazah pertama universiti luar negara dan 15 universiti tempatan.

“Pelajar dipilih oleh panel hakim iaitu Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa Inti Malaysia, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Pendidikan Tinggi Akademi Kepimpinan (AKEPT – Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi), Profesor Datuk Dr. Roziah Omar dan Pengarah Pusat Latihan dan Hubungan Industri Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Stefanie Pillai,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara pelajar terbabit Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, Marlysa Abdul Razak; Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Perubatan Antarabangsa, Ng Xi Jing dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal University Nottingham Malaysia, G.Saadeesh.

Tambah kenyataan itu, ramai penerima biasiswa Maxis yang lalu telah melanjutkan pengajian ke universiti berprestij termasuk London School of Economy, King College London, University of Oxford, Imperial College London, Universiti Columbia dan Harvard Business School. – sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...