affiliate marketing the artificial life observer

Wednesday, 14 March 2012

GILA !! masuk penjara kerana gunakan tandas presiden




Seorang polis Zimbabwe ditahan gara-gara menggunakan toilet peribadi Presiden Robert Mugabe (87). Sarjan Alois Mabhunu, nama polis  tersebut, terpaksa duduk di penjara selamat tiga minggu.

Kejadian ini bermula ketika Mabhunu bertugas di sebuah acara pameran perdagangan Bulawayo pada 7 Mei. Sebuah toilet disiapkan khusus untuk Mugabe yang hadir dalam acara tersebut. Beberapa penjaga pun ditempatkan untuk menjaga toilet jika sang presiden tiba-tiba saja sakit perut saat acara berlangsung.

Tapi, Mabhunu yang saat itu sakit perut. Dia langsung bergegas ke toilet kelas pertama yang tidak lain adalah toilet khusus Mugabe. Petugas sudah mengusir Mabhunu, tapi entah bagaimana dia akhirnya boleh menemukan jalan untuk melepas hajatnya di toilet sang presiden.

Petugas, yang melihat Mabhunu masuk ke toilet Presiden, tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mabhunu menguncinya dari dalam. Mabhunu akhirnya berhasil melepas hajat. Tapi setelah selesai, Mabhunu langsung ditangkap ketika keluar dari toilet Mugabe.

Juru cakap polis, Mandlenkosi Moyo, menolak untuk memberi komen. Dia menyatakan masalah Mabhunu merupakan masalah dalaman polis..

Robert Mugabe memerintah Zimbabwe sejak dia membantu negara Afrika itu memerdekakan diri dari Inggris pada 1980. Dalam sejarah rejim despotik, polis dan keamanan digunakan sebagai alat politik untuk mengancam para rival politiknya.

Mugabe berkuasa selama 31 tahun dengan menerapkan gaya kekuasaan ala Uni Soviet. Dia menempatkan satu skuadron besar polis rahsia dan tentara untuk menjaganya ke mana pun dia pergi.

Mengomentari soal kes toilet Mugabe, pengacara hak asasi manusia Beatrice Mtetwa mempertanyakan dakwaan yang dijatuhkan kepada Mabhunu. ”Harus ada hukum yang menyebutkan toilet itu toilet presiden. Toilet itu berada di tempat umum sehingga siapa pun berhak memakainya,” tandasnya.

SUMBER

Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri


Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri

KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi untuk membantu golongan artis berubah menjadi insiden memalukan apabila dirinya dimaki oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu bersarapan di sebuah kedai.

Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laporan media sebelum ini.

"Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.

"Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut. Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).

"Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti," katanya.

Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Zed menegaskan tidak hairan dengan gertakan yang ditujukan terhadap dirinya itu. Namun, jauh disudut hatinya terdetik rasa malu kerana perkara tersebut, berlaku di hadapan isterinya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.

"Saya tidak hairan dengan apa yang terjadi. Saya sudah lali dengan kutukan sebegini kerana saya tahu sebagai artis tidak semua orang senang dengan gerak-geri kita. Sejujurnya, sebaik saja diberikan amanah untuk menjawat jawatan ini, saya sudah tanam pada diri saya bahawa kemungkinan yang bakal saya lalui.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Inilah asam garam yang perlu saya lalui sebagai pejuang nasib anak seni tempatan melalui persatuan. Sa­ya berani menanggungnya.

"Tiada masalah bagi saya untuk mereka gertak sebegitu asalkan dia tidak sentuh saya atau memukul saya. Kalau mereka sentuh saya, mungkin perkara lain akan terjadi. Namun, saya kurang selesa kerana ianya berlaku dihadapan isteri saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak mahu perkara lain berbangkit.

"Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.

"Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran berkenaan juga buat tidak tahu saja," ujarnya.

Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.

1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.

2. Insurans untuk golongan artis.

3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.

SUMBER

PELIK & GILA !! MINYAK WANGI BERAROMA DAGING BABI DIJUAL !!



Untuk menimbulkan bau jantan pada pemakainya.. seorang lelaki telah berjaya mencipta sejenis bauan yang seakan daging punggung babi salai (bacon). Di jual dengan harga USD35 dolar. dijangkakan bauan ini akan mendapat perhatian di kalangan pekerja kasar kerana mereka lebih sukakan bauan daging di badan mereka berbanding bau hangit besi atau debu.

P/s :pelik2 je dunia sekarang ni -,-

SUMBER




COOL !! 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh






Pertama : Kulit lebih Lembut dan Halus
               Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater' untuk mendapatkan air yang hangat dan mengilangkan kesejukan. Selepas itu, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula lebih lembut dan halus.

Kedua : Melancarkan Peredaran Darah
             Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rase letih.

Ketiga : Meningkatkan Kesuburan
            Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testeron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Keempat : Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
                Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. InsyaAllah dengan izin Allah jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

Kelima : Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
             Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat mandi pagi sebelum subuh.

Keenam : Meningkatkan Sel Darah Merah
               Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu,anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

INFFO LANJUT DI>SUMBER

GEMPAR !! YAHOO SAMAN FACEBOOK !

facebook yahoo Yahoo Saman Facebook


SAN FRANCISCO: Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan.

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

"Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.
“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya

SUMBER

COOL GILA !! 1,000 Pekerja Facebook Jadi Jutawan




LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial – bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.

Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. – SUMBER

GILA !! DOKTOR INI MEMBEDAH DIRINYA SENDIRI

Doktor Bedah Diri Sendiri

Doktor Bedah Diri Sendiri3


Saat itu dia adalah satu-satunya doktor di stesen Novolazarevskaya, pada malam hari. Dia pun melakukan pembedahan pada dirinya sendiri. Dia dibantu oleh seorang kerani mesin dan seorang ahli meteorologi di stesen itu. Mereka berdua membantunya memberikan instrumen medik dan memegang cermin kecil di perutnya.

Dia melakukan pembiusan lokal dengan solusi novocaine dan membuat sayatan 12cm di perut kanan dengan pisau bedah. Operasi tersebut berlangsung hingga 1 jam dan 45 minit. Dengan tindakan nekadnya itu, Doktor Leonid Rogosov menjadi terkenal kerana berhasil mengoperasi dirinya sendiri dan kembali sihat.

p/s : Seorang doktor yang mempunyai kelebihan luar biasa. Secara hakikatnya, tidak semua doktor mampu melakukannya kerana antara salah satu faktor, bagaimana dia mahu mengawal pernafasan dan sebagainya. Apa pun, doktor ini diberikan kelebihan yang tidak semua orang ada

INFO LANJUT DI >SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...