affiliate marketing the artificial life observer

Saturday, 25 February 2012

23 tanda lelaki setia pada cinta




1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3.Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11.Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17.Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18.Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun

20.dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22.Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..

info lanjut di >SUMBER

Laman Web Paling Tua Di Dunia




Mungkin ramai yang masih tak tahu apakah laman web paling tua di dunia, sebenarnya laman web paling tua yang dikenal pasti ialah laman web symbolics.com iaitu merupakan satu perusahaan pembuatan komputer iaitu Symbolics Inc.



Laman web ni dikatakan antara laman web pertama yang menggunakan domain .com dan merupakan laman pertama didaftarkan di dunia iaitu pada 15 March 1985. Mengikut perkiraan tahun ni merupakan tahun ke 27 laman web tersebut berada di alam maya! perhh, memang lama!

Walaupun tidak lagi beroperasi tapi nama domain symbolics.com tetap wujud di internet.

info lanjut di >SUMBER

Fahami Bahasa Tubuh Seorang Wanita..

Aku kalau bab-bab pasal orang perempuan ni memang aku tak berapa reti sangat..Ini betul-betul serius, kadang-kadang kalau ada awek cun lalu sebelah aku atau pun yang tengah dok bersedih tu, memang aku buat bodoh je (jangan kata aku gay atau tak berhati perut pulak..kecik hati aku nanti..huhuhu)..Nak kata aku jejaka pemalu tu, memang betul la ada sikit sifat tu..Mungkin tu sebab kenapa sampai sekarang aku tak ada awek lagi kot..hahahaha =D

Bagi sesetengah lelaki yang caring, diorang akan selalu peka pada masalah orang perempuan..Walaupun benda tu tak ada kena mengena dengan diorang, lelaki tu akan cuba kongsi atau selesaikan masalah perempuan tu..Nampak sweet kan?..Kawan-kawan aku jugak pernah bagitahu, kalau nak tahu perasaan seseorang perempuan tu kalau suka atau tak suka dengan kita, tengok bahasa tubuh diorang..Mula-mula aku tak tahu bahasa tubuh seorang perempuan tu macam mana, tapi last-last aku paham jugak..Kalau nak tahu, jom cekidaut kat bawah ni..hehehehe =)



So, macam mana? Agak-agak korang paham tak bahasa tubuh orang perempuan ni macam mana? Walaupun nampak lawak, tapi macam betul pun ada jugak..hehehe

p/s: jangan main-main dengan orang pompuan ni, silap sikit, bahasa tubuh yang menggoda bakal menjadi sesuatu yang merbahaya =p


FAKTA | AKIBAT SALAH PILIH SAIZ BRA, WANITA MENGALAMI SAKIT PUNGGUNG




JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli.


Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik.
Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara.
“Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya.


“Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancangan bual bicara ‘The Right Support – Sorella’.


Rosalina mendedahkan, antara 70 hingga 80 peratus wanita di dunia menggunakan ukuran bra yang salah.


Malah, tujuh daripada 10 wanita di Indonesia tidak sedar pentingnya kesihatan dengan menjaga payudara.


Menurut alumni fakulti kedoktoran umum Universiti Trisakti itu, payudara boleh berubah ukuran pada masa tertentu dan bra tidak sesuai dengan bentuk payudara akan membuatkannya tidak selesa dan memberi kesan jangka panjang yang cukup buruk.


“Kes penyakit berkaitan bra gagal dikesan secara langsung. Biasanya doktor mengenal pasti ketika pesakit mengadu sakit punggung, dan apabila diperiksa ternyata ia akibat salah ukuran coli,” katanya.


Pengurus Pemasaran Sorella, Lucia Niken, berkata kempen ‘Right Support’ diadakan bagi membantu wanita Indonesia memilih bra yang tepat serta sesuai dengan payudara masing-masing ke arah membantu mereka menjalani cara hidup sihat.


“Dengan kempen ini, Sorella mengajak wanita Indonesia tahu bahawa ukuran payudara yang sebenar dapat membantu memberikan sokongan setiap saat,” katanya ketika promosi kempen berkenaan.

info lanjut di >SUMBER

BAHAYA MINUM AIR "RO" !!


hari ni Hann nak cerita sedikit tentang keburukan air RO(Reverse Osomosis).ramai yang beli air mineral tanpa mengetahui apa itu air RO,so lepas baca tips ni,nampak je RO jangan beli

merupakan salah satu brand air RO(tengok kat atas/bukan mineral water)


Apakah air RO?
- Air RO (Reverse Osmosis) adalah air yang paling kosong (air mati). Tiada sebarang mineral atau zat.


TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.


TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!! )
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!


MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.


TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral - mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.


BUKAN AIR YANG SELARAS DENGAN FITRAH KEJADIAN BADAN MANUSIA
Tuhan lebih tahu air jenis apakah yang paling sesuai dengan fitrah kejadian tubuh badan manusia. Sebab itu suatu ketika dahulu semua air tawar di dunia ini adalah air mineral hidup, bukannya air kosong tanpa mineral. Itulah air yang digunakan oleh manusia terawal termasuklah Nabi Adam as, bukannya air R.O. Kalau air yang bersih tetapi kosong/mati (iaitu air R.O) itu yang paling baik untuk manusia, sudah pasti Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini suatu ketika dahulu tiada mineral dan kosong/ mati seperti air RO.

info lanjut di >SUMBER

Friday, 24 February 2012

GILA KAYA !! Pemilik Bugatti Veyron Isi Minyak RM932 !





LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.

Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.

Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.

Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.

Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - info lanjut di >SUMBER

GEMPAR!! RM100,000 Untuk Iqram Dinzly Kahwin





KUALA LUMPUR : Mungkin ada benarnya juga nada seleroh yang dikeluarkan Iqram Dinzly ketika ditanyakan pihak media mengenai hal perkahwinannya, lanjutan daripada hasratnya untuk berumah tangga pada tahun ini.

“Ada RM100,000? Kalau ada RM100,000 barulah saya akan kahwin. Yalah sekarang ini pun, untuk mengadakan sebuah majlis resepsi biasa, setidak-tidaknya boleh menelan belanja RM50,000.

“Inikan pula saya yang sememangnya mengidamkan untuk membuat majlis beberapa lokasi berbeza. Bukan saja di kampung saya di Ipoh, tetapi juga di Kuala Lumpur bersama-sama rakan artis. Semua itu memerlukan belanja yang besar bukan?,” katanya.

Sambil tersenyum, Iqram Dinzly berkata angka berkenaan adalah kos anggaran saja, malah boleh mencakupi jumlah lebih besar memandangkan dirinya adalah seorang selebriti yang perlu diraikan bersama-sama peminat tersayang.

Atas landasan bergelar selebriti juga, dia bagaimanapun enggan menggunakan popularitinya itu untuk mendapatkan tajaan kerana beranggapan majlis perkahwinannya itu nanti haruslah menggunakan wang sakunya sendiri.

Namun begitu menurut Iqram Dinzly lagi, bukanlah soal kos yang turut diambil kira apabila menyentuh perihal perkahwinan, malah sudut tanggung jawab dan kesempurnaan dalam berumah tangga perlu diambil kira sebelum dia memutuskan untuk menamatkan zaman bujang.

“Memang saya ada menanam niat untuk berumah tangga. Tapi mungkin selepas saya berjaya membawa ibu saya menunaikan ibadat haji tahun ini, InsyaAllah ianya akan berlaku juga.

“Syukur Alhamdulillah kerana bapa saya sudahpun menunaikan haji. Kini tinggal giliran ibu saya saja. Mungkin selepas ini saya akan membawa isteri saya menunaikan haji pula.

“Memang bebar ibu saya ada mencarikan calon untuk saya. Tapi hakikatnya bukannya senang untuk kita menyemai perasaan cinta dengan seseorang dan bukannya senang juga untuk memegang tanggung jawab sebagai seorang suami.

“Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibicarakan, seperti kita membeli pisang goreng. Saya mahu berkahwin dengan orang yang tepat untuk menemani hidup saya ketika muda sehinggalah tua kelak,” katanya penuh mendalam.

Jelas Iqram Dinzly, dia mengidamkan seorang wanita yang bukan sahaja dapat menyayangi dirinya sebagai individu, malahan juga kedua ibu bapanya serta rakan-rakanya yang lain.

Apatah lagi dengan kehidupannya sebagai selebriti dan juga pelakon, dia mendambakan seorang insan yang bakal memahami kerjayanya serta gaya hidup sebagai anak seni. – info lanjut di >SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...