affiliate marketing the artificial life observer

Saturday, 7 April 2012

FAKTA WAJIB TAHU !! Pokok mati akibat WiFi



ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

GILA !! Wanita kudung dalang jual bayi


KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan kepada pasangan yang tiada anak untuk dijadikan anak angkat.

Dia yang juga warga Singapura dikesan menghantar gambar bayi berkenaan melalui MMS dan menawarkannya mengikut harga tertentu bergantung kepada kedudukan kewangan pasangan yang berminat membeli.

Malah, sindiket terbabit yang disyaki bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu turut menggaji tiga wanita rakyat tempatan sebagai pengasuh bayi berkenaan sebelum dijual.

Kegiatan sindiket itu dibongkar dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pusat beli-belah, di sini selepas mereka cuba menjual dua bayi berusia 22 hari dan tiga bulan kepada dua pasangan suami isteri, pagi semalam.


Sebelum serbuan, sindiket terbabit sudah menjual dua bayi.


Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, sepasukan anggota menyerbu sindiket terbabit selepas mendapat aduan orang awam mengenai kegiatan penjualan bayi di kawasan itu.

sumber

Perintis Amplifier Gitar Marshall, Jim Marshall Mati Pada Usia 88 Tahun



Anda mungkin mengenali jenama Marshall namun kurang tahu akan pencipta di’sebalik jenama yang begitu berjaya dalam dunia muzik hari ini.

Perintis jenama amplifier gitar mampu milik ini, Jim Marshall baru sahaja pergi meninggalkan kita semua selepas mengalami beberapa serangan strok selain menghidap penyakit kanser, menurut anak lelaki beliau.

Berpusat di England, Jim Marshall berkata beliau mencipta amplifier pertama beliau sekitar tahun 1960. Ciptaan beliau menjadi popular & wajib ada buat artis seperti Pete Townshend, Jimi Hendrix, Eric Clapton & Jimmy Page

INFO LANJUT DI >SUMBER

PELIK !! LELAKI INI HILANG TEMPURUNG KEPALA SELEPAS KEMALANGAN



PASIR MAS: Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk ‘makhluk asing’, namun, ia tidak mematahkan semangat Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama, dekat sini, untuk meneruskan kehidupannya.

Bayangkan, bahagian hadapan kepalanya yang berbeza berbanding insan normal menyebabkan ada kanak-kanak menangis apabila terserempak atau melihatnya dari dekat.


Bagaimanapun, di sebalik kekurangan itu, dia mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan mampu mendendangkan lagu Hindustan dengan baik walaupun rangkap dinyanyikan tidak sepenuhnya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mampu menceritakan secara terperinci kemalangan menimpa dirinya tiga tahun lalu yang menyebabkan separuh tempurung kepalanya dibuang doktor.


Dia yang membahasakan dirinya, Hisham berkata, kejadian pada tengah hari Jumaat pada 2009 merubah kehidupannya dalam sekelip mata.


Katanya, ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Krai melalui Tanah Merah menuju Pasir Mas.

“Sebaik tiba di Kangkong, tiba-tiba, sebuah Honda Jazz dari arah Pasir Mas dipandu seorang warga Thailand cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun, gagal lalu bertembung motosikal saya.


“Akibat pertembungan itu, saya melayang ala ‘Superman’ sejauh dua meter dan melanggar sebatang pokok sebesar pemeluk di tepi jalan menyebabkan topi keledar dipakai terbelah dua. Akibat kemalangan itu, saya koma tiga bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), Kota Bharu,” katanya.

Katanya, sebaik sedar, dia hairan melihat pesakit lain termasuk pengunjung wad memandangnya, seolah-olah ada benda pelik berlaku ke atas dirinya.


“Saya meraba seluruh tubuh, namun, tiada yang ganjil sehinggalah saya memegang bahagian atas kepala dan terkejut apabila ada lekuk besar di situ.


“Saya minta ibu yang berada di sisi katil menghulurkan cermin dan sebaik memandang cermin, saya hampir ‘hilang akal’ kerana tidak menyangka kepala yang sebelum ini sempurna, kini cacat,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik ditenangkan ibunya, Shamsiah Yatim, 57 dan ayahnya, Muhamad Mohd Noor, 52, barulah dia akur serta pasrah dengan takdir Ilahi.


Selain kehilangan separuh tempurung kepala, Hisham turut juling mata kirinya, namun, mengakui penglihatannya masih jelas.



Menurutnya, pertama kali keluar rumahnya sebaik dibenarkan pulang dari hospital, dia panik apabila anak jiran menangis ketakutan sebaik melihat kepalanya.


“Ketika itu, kepala saya botak menyebabkan ketiadaan tempurung kepala itu boleh dilihat dengan jelas,” katanya yang terkenal dengan gelaran Hisham Lekuk.


Mengenai kos rawatan bagi menggantikan tempurung kepalanya, Hisham menjelaskan, ibu bapanya yang bekerja kampung tidak mampu membiayainya kerana kos pembedahan agak tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM12,000, tidak termasuk kos perubatan.


Sehubungan itu, Hisham merayu sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi ayahnya menerusi talian 017-9335461.

SUMBER

P/s :bersyukurlah kita kerana sempurna,dan jagalah pemberian Allah sebaiknya

Friday, 6 April 2012

Zuckerberg pengasas Facebook jumpa PM Jepun




TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.

“Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu,” kata Noda kepada Zuckerberg.

Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.

Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.

“Amat berbeza,” kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.

Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.

Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.

Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.

“Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini,” kata Zuckerberg.

Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.

Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini.-Sumber

GILA !! Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi 2.3kg



BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

Monday, 2 April 2012

WOW COOL !! Cincin Diperbuat 100% Dari Permata Berharga USD 68 JUTA

Pertama kali dalam sejarah dunia.Cincin permata yang diperbuat dari 100% permata. Cincin sebesar 150 karat ini dijual pada harga USD68 juta dan dihasilkan oleh Shawish, sebuah syarikat barangan kemas dari Switzerland




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...